Khamis, 25 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

Assalammualaikum dan Salam Multimedia.

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Berdasarkan cerita sosial 1 dalam buku Kajian Wacana

Watak

Latar Tempat

Latar Masyarakat

Latar Masa

Emosi Negatif

Emosi Positif

Alim

Kampung di Kajang, tepi reban, ruang tamu

Masyarakat yang tinggal di kampung

30 minit perjalanan

Sedih, marah, menangis, keliru

Ketawa, teruja

Abg Imran

Di Kereta ruang tamu

Masyarakat yang gembira dan baik hati.

30 minit perjalanan

Tiada

Ketawa

Kak Madinah

Di kereta, ruang tamu

Masyarakat yang gembira dan baik hati.

30 minit perjalanan

Tiada

Ketawa

Ibu dan bapa

Di kereta

Masyarakat yang prihatin.

30 minit perjalanan

Sedih

Tiada

Datuk dan nenek

Tepi reban

Masyarakat yang prihatin.

Tiada

Sedih

Tiada

Aisyah

Dalam kereta, ruang tamu

Masyarakat yang gembira dan baik hati.

30 minit perjalanan

Tiada

Ketawa




Bukti Kehadiran saya. 



BBM3410-2021-MINGGU 1A

 Assalammualaikum dan salam sejahtera para pembaca blogger sekalian


Halaman ini telah memberikan ruang untuk saya menceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya untuk menulis blog.

 Nama diberi ialah Nurul Fatehah Binti Mansor, bernombor matrik 203944. Saya merupakan seorang mahasiswa di Universiti Putra Malaysia, iaitu sebuah Universiti penyelidikan di Malaysia. Saya berada di tahun kedua pada semester 2 sesi 2019/2020. Saya mengambil jurusan Bahasa Dan Linguistik Moden di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.😊  

Saya berasal dari negeri Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri jelapang padi yang sangat cantik dan luas. Saya dibesarkan di sebuah Daerah Yan di Kedah. Rumah saya berada di kaki Gunung Jerai dan mempunyai kawasan sawah padi yang sangat luas. Saya dilahirkan pada 10 Disember 1999 di Hospital Yan, Kedah. Kini, saya berusia 22 tahun dan saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Saya merupakan anak yatim yang telah kehilangan ayah dan sekarang saya tinggal bersama ibu saya. Saya mempunyai seorang kakak yang telah berkahwin, seorang abang yang bakal berkahwin tahun ini dan seorang adik perempuan yang masih belajar di sekolah rendah.  

Ini adalah gambar keluarga saya💓


 Pada peringkat awal pendidikan saya, saya belajar di Tadika Kemas berdekatan dengan rumah seterusnya saya bersekolah rendah di SJK(C) Chong Hwa dan menyambung pengajian ke peringkat menengah di SMK Dulang sehingga tingkatan 3 dan berpindah ke SMK Seri Badong pada tingkatan 4. Saya mengambil STPM di SMK Yan dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti, iaitu Universiti Putra Malaysia. Saya boleh berbahasa cina, jika ada yang ingin bersembang dengan saya silakan.

 Pada semester ini, saya diwajibkan untuk mengambil kursus Multimedia Dalam Bahasa yang rasanya akan banyak mengajar saya mengenai multimedia. Contohnya seperti sekarang saya diajar untuk membuat dan menulis blog. Ianya merupakan pengalaman baru bagi saya dan ia sangat menarik pada pendapat saya. 

Sekian ini sahaja cerita serba sedikit mengenai diri saya. Kita berjumpa lagi di halaman seterusnya. Anyeong !💜👋





SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...