Assalammualaikum dan Salam Multimedia.
NURUL FATEHAH BINTI MANSOR (203944)
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Okey minggu ini telah masuk minggu terakhir sudah iaitu minggu 14. Minggu ini Prof Dr. Normaliza telah mengarahkan untuk membuat resensi buku. Resensi ini dilakukan pada buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi yang telah ditulis oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim dan telah diterbitkan pada tahun 2019 oleh Penerbit Universiti Malaysia Terengganu: Kuala Nerus, Terengganu.
Sepanjang saya membuat resensi buku ini saya mendapati bahawa buku ini sangat menarik dan merupakan sebuah buku yang sangat diperlukan pada masa sekarang. Hal ini kerana buku ini dapat dijadikan panduan kepada penyelidik yang ingin membuat kajian mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi. Di dalam buku ini juga penulis telah menyenaraikan beberapa cadangan mengenai topik kajian yang boleh dilakukan pada masa datang. Oleh itu, penyelidik dapat menggunakan idea yang telah diberikan itu dan dikembangkan lagi mengikut kesesuaian dan kemahuan masing-masing. Sesiapa yang telah membeli buku ini pastinya tidak akan menyesal kerana ianya merupakan sebuah buku yang sangat menarik.
Ketika saya membaca dan melakukan resensi buku pada buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi ini saya telah dapat menambahkan lagi kefahaman serta pengetahuan saya mengenai wacana dan komunikasi. Bagi saya ianya merupakan dua kombinasi yang sangat menarik dan wajar untuk dikaji. Oleh itu, saya berharap pada masa akan datang akan terdapat lebih banyak lagi kajian seperti ini.
Marilah lihat video resensi di bawah bagi mengetahui mengenai resensi buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Selamat menonton yahh ..
Link youtube: https://youtu.be/8Ff47sapC28