Khamis, 22 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY

Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Berikut ialah peta minda mengenai asas fotografi iaitu flatlay :


Peta minda flatlay



Bukti kehadiran saya




BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH,1995)

    Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori analisis wacana yang dipelopori oleh Fairclough (1995) menitikberatkan teori analisis wacana kritis dalam menganalisis data. Dalam teori Fairclough (1995) ini telah membahagikan kepada tiga elemen iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial. Setiap elemen ini mempunyai pembahagian yang tersendiri yang telah dikaji mengikut elemen yang telah ditetapkan. Rujuk peta minda di bawah untuk penjelasan lebih lanjut.



Peta minda teori analisis wacana kritis (Fairclough, 1995)



Bukti kehadiran saya

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977)

   Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori analisis wacana yang diperkenalkan oleh Vandijk (1977) mempunyai empat elemen tersendiri iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen ini mengandungi huraian yang tersendiri yang perlu dianalisis. Selain itu, dalam teori Vandijk (1977) juga menjelaskan tentang struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Teori ini dapat dijadikan panduan dan sangat bermanfaat kepada semua. 




Peta minda Teori analisis wacana (Vandijk, 1977)



Bukti kehadiran saya


Rabu, 21 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

  Assalammualaikum dan Salam Multimedia😉

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Dalam coretan kali ini saya ingin membincangkan tentang flatlay. Apa itu flatlay ? Flatlay adalah salah satu teknik yang digunakan oleh jurukamera untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik. Flatlay merujuk kepada cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Terdapat empat jenis flatlay yang sering digunakan untuk mengambil gambar iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. 

1. Flatlay 

Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan dan dibetulkan pada 90 darjah dan gambar tersebut diambil daripada atas. 



Contoh gambar flatlay

2. Half flatlay

Half flatlay ialah merujuk kepada kedudukan kamera yang berada pada 45 darjah daripada item dan gambar nampak seperti diambil dari sisi atas. 




Contoh gambar half flatlay

3. Quarter flatlay

Quarter flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item. 



Contoh gambar quarter flatlay

4. Zero flatlay

Zero flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai ataupun meja dan lain lain lagi. Gambar zero flatlay sepertinya diambil dari sisi bawah. 



Contoh gambar zero flatlay


Berikut dibawah ialah video lebih lanjut mengenai flatlay:


Link youtube: https://youtu.be/276yjY1_zoc



Bukti kehadiran saya




Selasa, 20 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

  Assalammualaikum dan Salam Multimedia✌ 

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Di sini disertakan link youtube bagi program Dilema Pengembara yang disampaikan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. 

Link youtube: https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

Kredit: Youtube Dewan Bahasa Dan Pustaka




Melalui program Dilema Pengembara yang telah disampaikan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan, saya mendapati bahawa menggembara tidak semestinya hanya di luar negara tetapi ia juga termasuk di dalam negara. Hal ini kerana melalui pengembaraan kita dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kita dapat mengetahui dan mengenali budaya-budaya baru masyarakata lain. Ini akan menjadi satu kelebihan untuk kita kerana kita sudah mengetahui adat budaya di tempat tersebut. Sewaktu mengembara kita juga dapat mengenali dan mempunyai kawan baru yang berbeza agama, bahasa dan budaya. Ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan indah. 

Melalui penyampaian Dr. Siti Nur Aliaa Roslan berkata minat mengembara membolehkan kita belajar bahasa baru. Hal ini kerana di setiap kawasan mempunyai bahasa yang berbeza dan dialek yang berbeza. Ia dapat memberikan rasa teruja dalam diri. Kita dapat belajar dan memahami bahasa tersebut. Banyak benda lagi di dalam dunia ini yang sangat menarik yang dapat mengembangkan minda kita. Dengan mengembara dapat memberikan pengalaman yang luar biasa kepada kita. 



Bukti kehadiran saya






SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...