Sabtu, 10 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia.

Hari ini marilah kita belajar mengenai bahan asas grafik dalam multimedia. 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Apakah bahan bagi asas grafik ?

     Bahan asas grafik terdiri daripada enam jenis bahan iaitu bunting/banner, pamphlet, poster, gambar/foto, billboard dan video. 


1. Bunting/Banner

BUNTING

Bunting merupakan salah satu bahan asas grafik. Bunting dengan banner merupakan dua benda yang berbeza dari segi cirinya. Bunting berbentuk menegak. Umumnya, bunting lebih murah mengikut harga pasaran kerana bunting dicetak dan dipasang dengan banyak. Terdapat pelbagai saiz bunting yang berada di pasaran. Antaranya ialah bersaiz (2 kali × 5 kaki), (2 kaki × 6 kaki), (3 kaki × 3 kaki). Bunting terdiri daripada dua jenis yang berlainan iaitu X-stand atau T-stand. X-stand atau lebih dikenali dengan spider stand kerana stand yang sesuai untuk bunting berbentuk huruf X. Hal ini kerana, di setiap penjuru bunting diletakkan ring untuk dimasukkan kepada X-stand. Manakala, bahagian atas dan bawah T-stand pula diletakkan batang paip untuk dipasangkan kepada T-stand.




BANNER

Berbeza dengan bunting, banner berbentuk melintang. Hal ini kerana, banner lebih besar saiznya dan lebih mahal berbanding bunting. Banner ditempatkan di dua tempat yang berbeza berdasarkan promosi yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi. Saiz banner kebiasaanya bersaiz seperti (12 kaki × 4 kaki), (15 kaki × 4 kaki), (10 kaki × 5 kaki), (20 kaki × 4 kaki). Untuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Tidak terlalu taksub dengan penggunaan banyak warna kerana banner atau bunting sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan.







2. Pamphlet

Pamphlet biasanya terdiri daripada tajuk, gambar dan maklumat mengenai kasut. Senarai sebegini memudahkan pembaca untuk mengetahui tentang jenis kasut yang dihasilkan oleh Niskala Shoes. Kandungan yang sering tersenarai dalam pamphlet ialah kelebihan, ciri-ciri, warna dan harga. Ini membolehkan pengguna mengetahui dengan lebih jelas akan kasut sukan tersebut. Tambahan pula, pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Pamphlet biasanya dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman dan ini dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana pamphlet boleh dicetak pada kertas berulang kali. Kini, penggunaan pamphlet semakin meluas dalam bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya dengan tujuan promosi.




Kredit : Nike


3. Poster

Kami menggunakan tema “Niskala Adventure” kerana kasut ini sesuai dugunakan untuk aktiviti lasak. Warna merah dan maroon pada latar belakang poster dipilih untuk menonjolkan produk yang ingin dijual atau dipromosi. Meskipun warna putih dipilih untuk mewakili kasut ini tetapi pengguna tidak perlu risau kerana fabrik yang digunakan mudah dicuci dan dikeringkan. Tagline “ Be Simple, Be Confident” menunjukkan rekaan kasut yang ringkas dan selesa dipakai.



4. Gambar/foto

Gambar merupakan salah satu bahan asas grafik. Gambar juga digunakan bertujuan untuk menyampaikan sesuatu iklan. Kebiasaannya gambar ini kita boleh lihat ditampalkan pada dinding kedai-kedai tertentu bertujuan untuk mempromosikan jenama sesuatu produk. Pada gambar di atas ialah gambar yang direka untuk mempromosikan sebuah kasut sukan berjenama “Niskala”. Pada gambar tersebut kita dapat lihat reka bentuk kasut yang sangat menarik dan ringkas. Ianya sangat sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Pada gambar tersebut juga, kita dapat melihat ciri-ciri kasut sukan berjenama “Niskala” seperti bouncy soles, breathable dan untangled shoe lace. Dengan adanya ciri-ciri kasut yang dinyatakan ia dapat menarik minat pembeli untuk membeli kasut sukan ini. Latar belakang warna yang digunakan pada gambar tersebut juga sangat ringkas dan elegan. Ianya tidak terlalu padat dengan kombinasi warna yang banyak. 



5. Billboard 

Billboard merupakan salah satu daripada bahan untuk asas grafik, ianya dikenali juga sebagai papan iklan.  Kebiasaannya billboard dipasang dengan menggunakan saiz yang besar untuk mempromosikan sesuatu jenama produk.

Di gambar atas, ruang tengah-tengah billboard telah diletakkan grafik kasut untuk menunjukkan produk yang akan dipromosikan kepada orang ramai. Manakala di ruang bahagian atas billboard telah diletakkan perkataan “Niskala” dan “New Arrival” kedua-dua tulisan tersebut digunakan untuk menunjukkan adanya pengeluaran baru kasut sukan daripada jenama tersebut. Di kanan dan kiri grafik kasut pula terdapat perkataan “be simple” dan “be confident” ianya diletakkan untuk memberi gambaran ciri-ciri kasut tersebut apabila telah dipakai. Seseorang itu akan kelihatan ringkas dan yakin apabila menggayakannya. Di bahagian ruang bawah billboard pula diletakkan tulisan “Trendy and Sporty” ianya menunjukkan produk yang akan dipromosikan itu merupakan keluaran terkini dan pengguna yang menggunakannya akan kelihatan bergaya. Di bahagian ruang kanan bawah billboard telah diletakkan logo jenama produk tersebut ianya untuk memudahkan pengguna mengetahui dan mengenal pasti jenama produk yang mengeluarkannya.  Akhir sekali, warna putih dan hitam di dalam billboard tersebut digunakan untuk menggambarkan bahawa produk yang dikeluarkan itu adalah ringkas dan elegan. Ianya akan dapat menarik perhatian pembaca yang melihatnya.




6. Video 

Cara pengiklanan melalui video digunakan untuk menonjolkan lagi ciri yang ada pada kasut tersebut seperti keselesaan, warna yang menarik dan rekaan yang bergaya. Pengiklanan melalui video didapati lebih efektif untuk menarik perhatian pengguna dan untuk mempromosikan sesuatu produk.







Bukti kehadiran sayaa pada kelas amali :)










Khamis, 8 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia.

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Close Up

Close up adalah salah satu teknik yang dilakukan oleh jurugambar untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. Teknik close up adalah teknik mengambil gambar yang dilakukan secara jarak dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang individu. Hal ini adalah untuk menampakkan wajah seseorang tersebut dengan lebih jelas. Teknik close up ini adalah teknik yang menarik dan hasil gambar tersebut juga akan menajdi sangat menarik. 

Di dalam blog ini saya akan sertakan contoh-contoh gambar close up yang telah saya hasilkan. 



Ini adalah kawan saya. Gambar close up yang dilakukan adalah sangat cantik walaupun hanya nampak separuh sahaja



Ini adik saya. comel kan hehehe. Close up ini dilakukan untuk menampakkan sisi tepi muka dia. 



Ini juga kawan saya hehe. Close up ini juga dilakukan dari sisi tepi wajahnya



Gambar close up ini sangat menarik kerana ia sangat memfokuskan kepada wajah seseorang. 



Gambar close up ini juga cantik sekali. Ia sangat jelas dan memfokuskan kepada wajahnya. 



Teknik close up dilakukan pada bunga ini menjadikan gambar tersebut sangat cantik. 



Teknik close up yang dilakukan pada bunga ini menampakkan warna dan corak pada kelopak bunga itu dengan jelas. 



Gambar daun ini diambil dengan menggunakan teknik close up. Ianya sangat jelas. 




Gambar daun yang unik ini diambil menggunakan teknik close up. 




Gambar di atas ialah gambar daun yang ditangkap dengan teknik close up sehingga menampakkan bintik-bintik pada daun tersebut. 




Gambar kucing ini diambil di rumah saya. Comel kan kucing itu hehehe. Saya menggunakan teknik close up untuk mendapatkan gambar kucing tersebut, 



Ini adalah lembu. Gambar diambil dengan jarak dekat hingga nampak bulu bulu badan lembu itu. 




Ini adalah rusa. Gambar ini diambil hingga nampak corak-corak pada telinga rusa itu. 



Gambar ayam ini diambil menggunakan teknik close up. Ia memfokuskan pada ayam tersebut




Ini adalah sejenis serangga. Gambar close up ini menampakkan bintik-bintik dan saiz badan serangga tersebut. 



Gambar teko teh ini diambil dengan memfokuskan kepada corak pada teko teh tersebut. 




Ini adalah gambar anak patung kucing. Gambar ini sangat jelas hingga kita dapat mengetahui kelembutan anak patung tersebut hanya dengan melihat pada gambarnya. 




Gambar beg yang menggunakan teknik close up dan ianya sangat jelas. 



Ini adalah gambar tempat cucuk bunga telur pada majlis perkahwinan. Ianya memfokuskan pada habuk yang terdapat pada barang tersebut. 




Ini adalah gambar bunga yang dijahit menggunakan kain. Gambar ini menggunakan teknik close up. 

 



Gambar bersama buku sebagai bukti kehadiran. 

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia. 

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Mug Shot

Mug Shot merupakan salah satu jenis teknik untuk mengambil gambar yang digunakan oleh jurukamera. Teknik mug shot ialah teknik mengambil gambar secara jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka sahaja. Teknik mug shot ini biasanya dilakukan oleh wartawan untuk orang yang ditemu bual atau ketika hendak mengambil foto untuk kad pengenalan dan passport. Tujuan mug shot dilakukan adalah untuk mempamerkan raut wajah secara lebih terperinci agar mudah untuk dikenali ramai.

Di sini saya sertakan gambar dan reaksi muka mengikut emosi yang tertentu. Jangan terkejut yahh hehehehe😅


Contoh gambar bagi emosi gembira


Model: Nurul Fatehah Binti Mansor

Huraian: Bergembira lah selalu kerana gembira dapat menceriakan hari-hari kita. Senyuman  itukan satu sedekah. 


Contoh gambar bagi emosi sedih


Model: Nurul Fatehah Binti Mansor

Huraian: Jangan la bersedih. Reaksi muka yang sedih ini tidak baik untuk kesihatan dan kehidupan. 


Contoh gambar bagi emosi takut



Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Reaksi takut ini berlaku apabila melihat sesuatu yang menakutkan. Kita kena beranikan diri untuk berhadapan dengan perkara yang menakutkan. 


Contoh gambar bagi emosi geram



Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Reaksi muka geram mempunyai dua jenis iaitu geram akan sesuatu yang comel dan geram ketika marah. Reaksi muka geram ini sangat menarik dan comel. 

Contoh gambar bagi emosi marah


Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Reaksi muka marah adalah tidak manis untuk dipamerkan. Oleh itu, kita seharusnya mengelakkan emosi yang marah. 


Contoh gambar bagi emosi ketawa

                                     


Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Ketawa lah selalu untuk menceriakan kehidupan. Ketawa juga merupakan satu terapi. 


Contoh gambar bagi emosi terkejut




Model: Nurul Fatehah Binti Mansor 
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi terkejut. Kaedah mug shot digunakan untuk menampakkan lagi emosi terkejut tersebut. 






Gambar bersama buku sebagai bukti kehadiran saya. 




















  
    









BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia. 


NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Di sini disertakan link youtube program Celik Bahasa Isyarat yang disampaikan oleh Prof Normaliza Abd Rahim. 

Link: https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24

Kredit: Youtube Dewan Bahasa Dan Pustaka




Melalui program Celik Bahasa Isyarat, pengisian yang telah dapat saya perolehi ialah Prof Normaliza sangat menekankan agar semua lapisan masyarakat dapat mempelajari bahasa isyarat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita perlu menanam minat yang tinggi untuk mempelajari bahasa isyarat agar kita dapat berkomunikasi dengan mudah dengan insan-insan yang menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat merupakan salah satu bahasa yang sangat istimewa dan kita seharusnya kagum dengan bahasa isyarat. Bahasa isyarat mempunyai keunikkan tersendiri sehingga ia dapat menarik perhatian Prof Normaliza untuk mempelajari bahasa isyarat dalam masa dua bulan sahaja. Ini merupakan salah satu pencapaian yang terbaik. 

Dalam video tersebut, saya dapat menyedari bahawa kita perlu didik diri lebih awal untuk mempelajari bahasa isyarat agar kita tidak ketinggalan jauh. Kesedaran untuk memupuk minat mempelajari bahasa isyarat ini perlu dimulakan sejak bangku sekolah lagi. Seharusnya bahasa isyarat ini dijadikan bahasa elektif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar ia dapat dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Ini merupakan cadangan yang sangat baik dan sepatutnya diutarakan kepada pihak yang berkaitan. Hal ini kerana mempelajari bahasa isyarat akan membawa banyak manfaat kepada kita kelak. 




Ini adalah bukti kehadiran saya :)


BBM3410-2021-MINGGU 3-TEORI STUBBS

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia. 

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori Analisis Wacana Stubbs (1983)

Menurut Stubbs (1983) analisis wacana merujuk kepada kajian bahasa terhadap ayat dan klausa. Teori Stubbs (1983) telah menfokuskan kepada 11 elemen linguistik wacana iaitu: 




 11 elemen Teori Stubbs (1983) dan bukti kehadiran saya. 






BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia😅

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Ringkasan cerita sosial 2: Saya yang istimewa

Dalam cerita sosial 2: saya yang istimewa menceritakan tentang kebaikan Alim yang suka berkongsi makanan dengan kawan-kawannya. Pada hari ahad yang lalu, ayah Alim telah membeli buah-buahan tempatan dari pasar tani. Alim dan adik-beradiknya sangat mengemari buah-buahan tempatan. Buah-buahan yang telah dibeli oleh ayah Alim ialah buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan sebagainya. Alim dan adik beradiknya melompat keriangan melihat banyak sekali buah-buahan tempatan yang dibeli oleh ayah mereka. Ibu Alim telah menyediakan bakul sampah di tepi kerana bimbang sisa buah-buahan tersebut akan dibuang merata tempat. Alim yang melihat buah-buahan yang banyak itu, mencadangkan kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah tersebut kepada Sulaiman. Alim menyatakan kembali pesan ibu dan bapanya iaitu berkongsi makanan adalah perbuatan yang baik. Alim seorang anak yang baik. 

Dia mengingati pesan kedua ibu bapanya. Ibu Alim telah mengasingkan buah-buahan tersebut dalam plastik berwarna merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Ibu Alim menyatakan bahawa sebentar tadi dia melihat Sulaiman sedang menyiram pokok dan mengarahkan Alim untuk memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim memberikan buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman. Sulaiman berterima kasih kepada Alim atas pemberian Alim tersebut. Kemudian, Alim terus berlari ke rumahnya untuk menikmati buah-buahan tempatan tersebut bersama keluarganya. Setelah selesai menikmati buah-buahan tersebut, Alim membantu abang Imran, kak Madinah, ibu dan ayah untuk mengemas rumah dan membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah. Ketika sedang membuang sampah, Alim terserempak dengan Makcik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman, Makcik Timah berterima kasih kepada Alim atas pemberian buah-buahan tempatan tersebut. Alim mengatakan bahawa ibu dan bapanya pernah berpesan bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik. 

Di samping itu, Sulaiman, Makcik Timah dan Pakcik Yakub juga orang yang baik jadi seharusnya mengamalkan amalan berkongsi sesama jiran. Alim melihat Makcik Timah nampaknya bersedih dan Alim bertanyakan mengenai hal itu. Makcik Timah menyatakan bahawa dia gembira melihat Alim berkawan baik dengan Sulaiman kerana Alim seorang anak yang sangat baik. Alim meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Makcik Timah memandang Alim pulang ke rumah dengan gembira. Makcik Timah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim dan keluarganya. 



Bukti kehadiran saya






Ahad, 4 April 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN- NISKALA

  Assalammualaikum dan Salam Multimedia. 

1. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Elegan

Rujukan: https://i.pinimg.com/originals/77/48/d5/7748d5bb549719441cb2ec2c0b74963b.jpg

Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen keseimbangan. Elemen ini dapat dilihat pada grafik dan juga teks yang terdapat pada gambar tersebut. Di ruang tengah, terdapat gambar telefon bimbit yang seimbang dengan ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan kanan. Di ruang atas, terdapat tulisan di kiri dan kanan yang seimbang dengan ruang di bawah yang mempunyai grafik gunung.  Penggunaan teks dan grafik yang berada ditengah-tengah grafik juga memberikan efek keseimbangan di dalam gambar tersebut.

2. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kebahagiaan

Rujukan:https://www.youtube.com/watch?v=APgCKRkbqN8

Huraian:Iklan yang dipamerkan ini mempunyai keseimbangan ruang antara kiri dan kanan foto berdasarkan teks yang ditulis. Hal ini dapat dilihat pada bahagian kiri ditulis penjelasan bagaimana air Starbucks dapat mengeratkan hubungan. Manakala, di bahagian kanan foto tersebut ditulis jenama air dengan warna yang gelap serta digabungkan dengan warna yang lembut menjadikan bahagian ini seimbang dengan ruang kiri. Ruang atas dan bawah juga seimbang dengan mempunyai jarak yang sama. Dengan keseimbangan yang diterapkan dalam iklan ini menjadikan ianya dapat disampaikan dengan baik kepada pembaca. 

3. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kasut sukan

Rujukan:https://my.lovepik.com/image-450004203/shoes-sale-social-media-post.html

Huraian:Gambar ini menunjukkan keseimbangan dari segi ruang atas dan bawah. Dalam gambar ini, ruang di tengah terdapat kasut yang mengimbangi antara ruang atas dan bawah serta ruang kiri dan kanan. Di ruang atas, pada penjuru kiri gambar terdapat logo dan teks di bawah logo. Di ruang bawah pada penjuru kanan pula terdapat teks. Maka, teks di ruang atas sebelah kiri seimbang dengan teks yang berada di ruang bawah sebelah kanan.  Pada ruang tengah pula, didapati terdapat dua teks yang ditulis di atas sebelah kanan dan di bawah sebelah kiri gambar. Maka, teks yang terdapat di ruang tengah itu seimbang dengan imej kasut yang berada pada gambar tersebut. 

4. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Sukan

Rujukan: https://pin.it/3csZeDH

Huraian:Elemen keseimbangan dalam grafik di atas ditonjolkan melalui pembahagian warna, teks dan imej dibahagian kiri dan kanan pada gambar tersebut. Penggunaan ton warna biru yang membahagikan dua bahagian grafik dapat menimbulkan keseimbangan. Tambahan pula, bahagian kiri grafik yang berwarna biru gelap sudah membawa penglihatan yang berat di ruang sebelah kiri, namun ditambah teks ringkas berwarna putih dapat memberikan keseimbangan antara kiri dan kanan. Begitu juga dengan grafik sebelah kanan yang menggunakan warna biru terang untuk menampakkan penglihatan yang ringan, namun ditambah dengan imej pemain squash yang besar dapat menunjukkan keseimbangan di ruang sebelah kanan. 

5. 

Elemen : Keseimbangan

Tema : Makanan

Rujukan: https://www.kancilawards.com/winners/entry/2019/5681?hcb=1

Huraian :Elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut ialah elemen keseimbangan. Ruang tengah di dalam foto tersebut ialah gambar nugget membentuk piramid. Dengan adanya grafik tersebut ditengah-tengah foto telah mewujudkan keseimbangan antara ruang atas dan bawah foto tersebut. Manakala di ruang atas foto pula terdapat tulisan “piramid ada di Malaysia” dan di ruang bawah sebelah kiri pula terdapat logo jenama produk tersebut. Selain itu, di sebelah bawah kanan foto tersebut pula terdapat logo halal JAKIM Malaysia. Maka, foto grafik tersebut akan kelihatan seimbang kedudukannya antara ruang.

6. 

Elemen: Keseimbangan

Tema : Pemandangan

Rujukan: http://punapibali.com/info-wisata/resto-dengan-pemandangan-alam-sawah-terbaik-di-bali/

Huraian :Keseimbangan dalam grafik tersebut merujuk kepada ruang yang terdapat dalam foto tersebut. Gambar tersebut menunjukkan gambar sawah padi, pokok, gunung-ganang serta matahari. Matahari, pokok dan gunung-ganang berada di ruang kiri seimbang dengan langit dan sawah yang kelihatan terbentang luas di ruang kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di ruang bawah terdapat sawah padi berwarna hijau yang terbentang luas. Maka, gambar awan  akan menjadi seimbang dengan adanya sawah padi di dalam foto tersebut.

7. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Makanan

Rujukan:https://www.google.com/urlsa=i&url=https%3A%2F%2Ftopgambariklan.blogspot.com%2F2020%2F01%2F50-gambar-iklan-billboard terbaik.html&psig=AOvVaw0i99tyqN5TkfCaie9AYTiE&ust=1617430695330000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCPjHiq313u8CFQAAAAAdAAAAABAD

Huraian:Kesemua ruang dalam foto adalah seimbang. Grafik aiskrim berada di tengah-tengah ruang foto memberikan keseimbangan kepada ruang kiri dan kanan gambar. Manakala, teks yang menghiasi ruang kiri seimbang dengan teks di ruang kanan. Penggunaan ton warna coklat gelap dan warna putih yang membahagikan kedua grafik juga memberikan keseimbangan. Tambahan pula, ruang kiri gambar menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang berwarna putih seimbang dengan ruang kanan yang menggunakan tulisan dan grafik aiskrim yang berwarna coklat gelap. 

8. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kasut Sukan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/PwPviQB5xSe9XvkA9

Huraian:Elemen keseimbangan dapat dilihat pada grafik yang diletakkan ditengah-tengah foto tersebut. Ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan seimbang dengan kedudukan grafik. Ruang atas diletakkan tulisan promosi jualan kasut dengan perkataan “Big sale offer”  seimbang dengan ruang bawah yang diletakkan imej tiga bulatan. Tambahan pula, penggunaan warna di bahagian tertentu memberi keseimbangan untuk keseluruhan gambar.

9. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Pengiklanan

Rujukan: https://www.circleone.in/personalized-banners/

Huraian:Gambar di atas menunjukkan adanya elemen keseimbangan antara tulisan dan imej. Ruang sebelah kiri gambar dipenuhi dengan tulisan yang seimbang dengan imej buku, sebekas pensel dan juga jam yang berada di sebelah kanan gambar. Maka, kedua-dua ruang iaitu kiri dan kanan menunjukkan keseimbangan. Penggunaan warna, saiz dan jenis font pada ruang kiri juga dapat mengimbangi ruang itu dengan ruang di sebelah kiri gambar.

10. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kaca Mata Berjenama

Rujukan:https://www.dailybillboardblog.com/2013/04/prada-spring-2013-eyewear-and.html?m=1

Huraian:Elemen keseimbangan dapat dilihat apabila terdapat dua imej yang sama besar diletakkan di ruang kiri dan kanan papan tanda tersebut. Di ruang tengah diletakkan jenama kaca mata tersebut dengan perkataan “eyewear” di bawahnya. Selain itu, warna putih yang digunakan di antara kedua imej tersebut dijadikan sebagai pemisah untuk menampakkan lagi keseimbangan yang ada pada papan tanda tersebut.

11. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Semangat

Rujukan: Sendiri

Huraian:Gambar di atas mengandungi elemen keseimbangan ruang. Kedudukan grafik yang berada ditengah-tengah gambar seimbang dengan ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan. Kedudukan teks yang diletakkan pula seimbang di kiri dan kanan ruang gambar. Ianya membuatkan grafik tersebut menjadi seimbang.

12. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Kehidupan

Rujukan: Sendiri

Huraian:Elemen keseimbangan yang dapat diterangkan dalam gambar di atas ialah ruang di antara kiri dan kanan adalah seimbang. Objek imej juga berada di bahagian tengah gambar menjadikan imej tersebut seimbang. Ruang di antara atas dan bawah juga seimbang walaupun terdapat teks pada bahagian atas. Namun ia dapat menyampaikan mesej dalam gambar dengan baik. Tambahan pula, ruang atas terdapat langit berwarna biru dan awan putih seimbang dengan ruang bawah yang terdapat pasir dan laut.

13. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Sekitar

Rujukan: Sendiri

Huraian:Gambar ini menunjukkan keseimbangan pada ruang di kiri dan kanan. Ruang di sebelah kiri gambar terdapat enam batang pokok besar yang seimbang dengan sebuah astaka seni dan empat batang pokok besar di sebelah kanan gambar. Maka, enam batang pokok besar seimbang dengan sebuah astaka seni dan empat batang pokok. Terdapat jalan di ruang tengah gambar yang mengimbangi ruang sebelah kiri dan kanan gambar tersebut. Tambahan pula, warna bagi kedua-dua ruang ini ialah berwarna hijau menjadikan gambar itu lebih seimbang.

14. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Sekitar

Rujukan: Sendiri

Huraian:Bahagian kiri dan kanan grafik ini adalah seimbang dari segi pengisian ruang dan warna yang sama. Pada bahagian tengah pula, ruang putih dapat dianggap sebagai pemisah ruang antara kiri dan kanan yang menampakkan keseimbangan grafik tersebut. Tambahan pula, pada bahagian atas grafik yang menunjukkan imej langit tidak seimbang dengan bahagian bawah yang menunjukkan imej jalan berbatu, namun ianya diseimbangkan dari aspek warna putih dan biru terang. Keseluruhannya, grafik boleh dikatakan seimbang dari segi ruang dan warna yang menimbulkan perasaan ketenangan dan kedamaian.

15. 

Elemen: Keseimbangan

Tema : Kehidupan

Rujukan : Sendiri

Huraian :Elemen yang paling menonjol di dalam foto tersebut ialah keseimbangan. Ruang di sebelah kiri dan kanan gambar terdapat pokok besar. Di ruang atas foto tersebut terdapat matahari, awan dan gunung. Manakala di tengah-tengah foto tersebut terdapat gambar seseorang kanak-kanak sedang berdiri menghadap laut dan di sebelah bawah kiri dan kanan foto terdapat tulisan “realiti kehidupan”. Maka ruang di atas dan di bawah foto akan kelihatan seimbang kerana grafik tersebut berada di tengah-tengah antara ruang kanan dan kiri gambar tersebut.

16. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Aktiviti Riadah

Rujukan : Sendiri

Huraian:Gambar ini kelihatan seimbang kerana ruang diantara bahagian kiri, kanan, atas dan bawah adalah seimbang di antara satu sama lain. Pencahayaan juga membawa keseimbangan dari aspek gelap dan cerahnya sesuatu bahagian yang terdapat dalam foto di atas. Hal ini dikatakan seimbang dimana objek iaitu orang dan kuda berada pada kedudukan selari dengan kandang di tepinya. 

17. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Ketenangan

Rujukan: Sendiri

Huraian:Foto di atas menunjukkan seorang gadis yang berada di tengah-tengah ruang. Kedudukan seorang gadis di ruang tengah seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang di atas dan bawah juga mempunyai keseimbangan kerana penggunaan ton warna yang berlainan. Ruang atas berwarna putih dan mempunyai tulisan berwarna hitam seimbang dengan ruang bawah yang bewarna coklat dan kelabu. Jelaslah bahawa foto ini mempunyai keseimbangan yang sama rata kerana subjek (gadis tersebut) berada di tengah-tengah ruang antara langit dan lautan. 

18. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan: Sendiri

Huraian:Gambar di atas memperlihatkan unsur keseimbangan kerana objek (orang) berada di tengah-tengah ruang foto. Font tulisan yang digunakan juga seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Ruang atas terdapat langit yang berwarna biru gelap dan matahari manakala ruang bawah pula terdapat pasir berwarna coklat. Maka, langit dan matahari seimbang dengan pasir berwarna coklat di dalam gambar tersebut.

19. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan: Sendiri

Huraian:Gambar ini menunjukkan berlakunya keseimbangan antara ruang. Keseimbangan dapat dilihat apabila ruang kiri dan kanan gambar dipenuhi dengan pokok. Ruang atas gambar pula terdapat langit berwarna biru manakala ruang bawah pula terdapat jalan yang lurus. Maka, langit akan seimbang dengan jalan yang lurus di dalam gambar tersebut. Objek yang berada di ruang tengah juga menunjukkan keseimbangan antara ruang di atas dan bawah serta ruang di kiri dan kanan gambar. 

20. 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Minuman

Rujukan: Sendiri

Huraian:Gambar di atas memperlihatkan unsur keseimbangan antara ruang kerana objek pada gambar tersebut berada di tengah-tengah ruang. Ruang di atas dan bawah seimbang dengan ruang di kiri dan kanan. Teknik ini dapat membantu menonjolkan objek yang ingin dipaparkan. Dengan cara ini, seseorang akan mengetahui bahawa mesej yang ingin disampaikan melalui gambar ini adalah tentang minuman tersebut. 


AHLI KUMPULAN NISKALA:

1) Ketua Elemen Mudah: Nurul Fatehah binti Mansor (203944)

2) Penolong Elemen Mudah: Nur Shah Hazuani binti Dazak (203967)

3) Ketua Elemen Teks: Nurul Aida binti Ahmad Zaini (203304)

4) Penolong Elemen Teks: Nurmadihah Asma binti Saberi (203927)

5) Ketua Elemen Warna: Intan Nur Azriena binti Siful Yazani @ Saiful Yazan (203966)

6) Penolong Elemen Warna:  Nurul Tasnim binti Zakaria (204115)

7) Ketua Elemen Kesesuaian: Nur Ain Nadhirah binti Fadhlan (201810)

8) Penolong Elemen Kesesuaian: Nurul Najehah binti Mohd (203011)

9) Ketua Elemen Keseimbangan: Nurul Izzati binti Tu Azman (201812)

10) Penolong Elemen Keseimbangan: Fatin Fathihah binti Musa (203008)

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...