Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua.
Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Coretan kali ini saya ingin menceritakan tentang video setempat. Pensyarah saya iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim telah memberi tugasan untuk membuat video setempat yang bertemakan hari raya. Oleh itu, saya telah berjaya menyiapkan video setempat itu. Yeayyy Alhamdulillah.
Okey, video setempat ini ialah video yang tidak memerlukan suntingan. Video setempat dirakam dalam keadaaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video setempat ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Jemputlah tengok video setempat yang telah disediakan oleh saya. Maaf jika mempunyai kekurangan dan kelemahan yang datang dari diri saya.
Link youtube: https://youtu.be/hAcM5su7k2I
Video Setempat
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT VIDEO SETEMPAT
Ketika dalam usaha menyiapkan video setempat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dititikberatkan sepanjang menyiapkan video ini. Hal ini kerana ia tidak sama dengan video biasa yang lain dan ia juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri bagi menghasil video setempat yang baik dan sempurna. Antara langkah-langkah dalam membuat video setempat ialah:
1. Sediakan sebuah kamera atau telefon bimbit yang mempunyai kamera.
2. Pilih lokasi yang menarik untuk dijadikan latar belakang video.
3. Pastikan kita mempunyai subjek yang bakal berada dalam video tersebut.
4. Pastikan lokasi yang hendak digunakan itu dalam keadaan kemas dan teratur.
5. Pastikan segala barang keperluan yang diperlukan untuk berada dalam video tersebut berada berdekatan.
6. Pegang kamera atau telefon bimbit dengan baik agar video yang diambil tidak senget.
7. Pastikan individu yang bakal menjadi suara latar mempunyai suara yang jelas dan baik.
8. Pastikan kita mempunyai idea atau perkara yang hendak dibualkan dalam video tersebut.
9. Rakam video setempat dengan sebaiknya.
10. Akhirnya, video setempat boleh dipersembahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan