Jumaat, 21 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- ONE SHOT-NISKALA

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia semua. 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


1. One shot

Apa khabar semua ? Masih menyambut hari raya lagu ke tu ? Walaupun dalam suasana PKP sambutan hari raya tetap meriah dengan sanak-saudara yang terdekat. Alhamdulillah. Okey kali ini saya ingin menceritakan tentang video one shot. Sekali lagi kumpulan saya telah ditugaskan oleh pensyarah kami iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim untuk membuat video one shot. Video one shot ialah rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. Penggambaran video ini menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan tersebut. Durasi video one shot ini adalah lebih kurang 3 minit sahaja ataupun mengikut durasi lagu yang telah dipilih.

Oleh itu, kumpulan kami telah berjaya merakam video one shot ini dengan jayanya walaupun berada dalam suasana PKP. Di bawah coretan ini akan saya lampirkan video tersebut untuk tontonan semua. Semoga video ini dapat memberikan manfaat dan tunjuk ajar kepada semua yang ingin membuat video one shot ini. Selamat menonton. 


Link youtube: https://youtu.be/N2XZYQK8vW8





2. One shot two layer 

Saya ingin menyambung coretan saya mengenai video one shot. Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini video one shot ialah video yang diambil tanpa menggerakkan alat perakam video. Namun begitu, video one shot ini mempunyai dua jenis iaitu one shot two layer dan one shot three layer. Dalam coretan kali ini saya ingin menerangkan tentang one shot two layer. One shot two layer ialah video yang dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya dalam video tersebut mempunyai lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut. Hal ini dilakukan bagi menunjukkan video tersebut lebih menarik. 

Kumpulan saya telah berjaya menyiapkan video one shot two layer dengan jayanya. Ianya sangat menarik dan bagus. Oleh itu, jemputlah menonton video yang telah saya sediakan ini. Semoga ia dapat memberi manfaat dan berguna untuk anda menjadikan ia sebagai rujukan. 



Link youtube: https://youtu.be/T3MHME6nIdQ





3. One shot three layer

Seterusnya, saya ingin menyambung semula coretan saya yang lepas iaitu mengenai video one shot. Kali ini saya ingin menerangkan tentang video one shot three layer. Seperti yang kita tahu, video one shot adalah rakaman video yang dilakukan tanpa menggerakkan alat perakam video. Namun begitu, video one shot three layer ialah video yang menunjukkan tiga lapisan pergerakan. Lapisan pergerakan boleh dilakukan dengan membuat penggambaran di kawasan yang mempunyai pokok yang bergoyang, laluan kereta atau apa sahaja benda yang bergerak. Pergerakan dalam video tersebut adalah pergerakan yang tidak sengaja ataupun asli seperti pokok yang ditiup angin. 

Kumpulan saya telah berjaya melakukan video one shot three layer tersebut dengan baik. Alhamdulillah. Oleh itu, selamat menonton video kami. Semoga ia dapat dijadikan panduan dan bermanfaat kepada semua.


Link youtube: https://youtu.be/xj1frJJ9ZX8












Khamis, 20 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

 Assalammualaikum semua dan Salam Multimedia


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia terengganu. 


Okey hari ini saya ingin menceritakan tentang Strategi Komunikasi yang telah dijelaskan oleh Prof Dr. Normaliza dalam bukunya iaitu buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Di dalam buku tersebut telah menghuraikan dan memberikan contoh-contoh pandangan menurut tokoh bagi Strategi Komunikasi. Mengikut fahaman saya strategi komunikasi ini adalah perlu bagi memudahkan masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini juga bagi mewujudkan kesefahaman dan keserasian antara penutur dan pendengar. Di dalam buku tersebut juga telah menerangkan bahawa komunikasi adalah perlu dilakukan sama ada dalam bentuk kumpulan kecil atau besar. Apabila berkomunikasi masyarakat menggunakan bahasa yang dianggap sebagai satu fitrah untuk berkomunikasi. 

Sila lah tengok peta minda yang telah saya sediakan di bawah untuk anda semua bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik dan sempurna. Semoga nota dan peta minda yang saya lampirkan ini dapat menjadi manfaat dan panduan kepada semua lapisan masyarakat. 








Bukti kehadiran saya




Selasa, 18 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO SETEMPAT

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. 


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Coretan kali ini saya ingin menceritakan tentang video setempat. Pensyarah saya iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim telah memberi tugasan untuk membuat video setempat yang bertemakan hari raya. Oleh itu, saya telah berjaya menyiapkan video setempat itu. Yeayyy Alhamdulillah.

 Okey, video setempat ini ialah video yang tidak memerlukan suntingan. Video setempat dirakam dalam keadaaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video setempat ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Jemputlah tengok video setempat yang telah disediakan oleh saya. Maaf jika mempunyai kekurangan dan kelemahan yang datang dari diri saya. 


Link youtube: https://youtu.be/hAcM5su7k2I



Video Setempat


LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT VIDEO SETEMPAT

Ketika dalam usaha menyiapkan video setempat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dititikberatkan sepanjang menyiapkan video ini. Hal ini kerana ia tidak sama dengan video biasa yang lain dan ia juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri bagi menghasil video setempat yang baik dan sempurna. Antara langkah-langkah dalam membuat video setempat ialah: 

1. Sediakan sebuah kamera atau telefon bimbit yang mempunyai kamera.
2. Pilih lokasi yang menarik untuk dijadikan latar belakang video.
3. Pastikan kita mempunyai subjek yang bakal berada dalam video tersebut. 
4. Pastikan lokasi yang hendak digunakan itu dalam keadaan kemas dan teratur.
5. Pastikan segala barang keperluan yang diperlukan untuk berada dalam video tersebut berada berdekatan. 
6. Pegang kamera atau telefon bimbit dengan baik agar video yang diambil tidak senget. 
7. Pastikan individu yang bakal menjadi suara latar mempunyai suara yang jelas dan baik.
8. Pastikan kita mempunyai idea atau perkara yang hendak dibualkan dalam video tersebut.
9. Rakam video setempat dengan sebaiknya.
10. Akhirnya, video setempat boleh dipersembahkan.  




Bukti kehadiran saya



BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA-NISKALA

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia korangg. 


Apa khabar semua ? Macam mana beraya dalam suasana PKP ? Okey ke tu ? hehehe btw Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. Semoga aidilfitri ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga kita. Walaupun dalam suasana PKP namun kita masih boleh video call bersama ahli keluarga yang tidak dapat pulang ke kampung. Oleh itu, jangan laa kita bersedih ye. 


Okey hari ini saya dan kumpulan saya telah ditugaskan untuk membuat vlog hari raya oleh pensyarah Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Walaupun kami berada di negeri-negeri yang berbeza dan berjauhan namun kami tetap berusaha untuk menyiapkan video vlog hari raya ini dengan usaha yang terbaik. Semoga video vlog hari raya yang telah disediakan ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan hiburan untuk semua orang.  Selamat menonton semua.


Link youtube: https://youtu.be/GREphTsFEXg



Vlog Hari Raya


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...