Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944

Assalammualaikum dan Salam Multimedia.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Berdasarkan buku yang saya perolehi, iaitu buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi yang ditulis oleh Prof. Normaliza Abd Rahim, saya mendapati bahawa terdapat beberapa pendekatan yang telah digunakan untuk menganalisis wacana. Hal ini bagi memudahkan penulis untuk membuat wacana yang baik dan sempurna. Terdapat beberapa elemen yang dititikberatkan dalam membuat wacana. Setiap elemen tersebut telah diperkenalkan oleh tokoh dan agensi yang berbeza. Penggunaan setiap elemen dalam pendekatan ini didapati bahawa boleh menjelaskan peranan melalui ujaran. Antara elemen yang diketengahkan dalam pendekatan analisis wacana ini adalah seperti berikut:

 

 

 

Pre-Andaian

       1.    Intuisi

       2.    Konteks

          ·         Penerimaan/penafian

          ·         Keperluan

          ·         Perujukan

          ·         Anafora

          ·         Pengulangan

          ·         Kekaburan

          ·         Penegasan


 

 

 

Emosi

        1.    Negatif

        2.    Positif

        3.    Emosi Bercampur

          ·         Perangai

          ·           Personaliti

          ·         Mood

          ·         Motivasi

 

 

 

Nilai dan Budaya

 

        1.    Diri

        2.    Masyarakat

        3.    Adat

          ·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang,         kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

          ·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian,         kebersihan fizikal dan mental,                         kesantunan

          ·         Hormat-menghormati, Kerjasama,              semangat bermasyarakat

          ·         Keadilan, kebebasan, rasional


 

 

Bahasa

       1.    Bahasa pertama/kedua/ketiga

       2.    Formal/ tidak formal

       3.    Kesalahan bahasa

       4.    Linguistik

 


Inferens

       1.    Rumusan keseluruhan

       2.    Rumusan topik perbincangan

       3.    Penutup kata



1. Pre-andaian

Pre-andaian telah diperkenalkan oleh Abbott (2000), Atlas(1977) dan Brown &Yule (1983). Pre-andaian ialah langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum memulakan hujah atau pembuka kata. Hal ini dikatakan demikian kerana elemen ini penting untuk menjadikan wacana lebih menarik dan teratur. Pre-andaian telah dibahagikan kepada dua, iaitu intuisi dan konteks. Intuisi atau gerak hati ialah kemampuan seseorang individu untuk memahami sesuatu perkara tanpa memerlukan pemikiran yang rasional. Konteks pula ialah merujuk dari aspek penerimaan, anafora, pengulangan, kekaburan yang ingin diterapkan dalam wacana tersebut. 

2. Emosi

Elemen emosi adalah elemen yang telah diperkenalkan oleh Cannon (1927). Emosi ialah suatu perasaan yang dimiliki oleh manusia akibat ransangan. Emosi terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi negatif, positif dan emosi bercampur. Setiap individu memiliki emosi sejak azali. Emosi ini dapat dilihat melalui sifat, personaliti dan mood yang dipengaruhi dari unsur luar atau unsur dalam diri sendiri.

3. Nilai dan Budaya 

Elemen nilai dan budaya dalam analisis wacana telah diperkenalkan oleh Falsafah Pendidikan Negara (1995). Elemen ini telah dinilai oleh dari aspek diri, masyarakat dan adat. Hal ini dapat dijelaskan bahawa elemen ini sangat penting untuk analisis wacana kerana ia menitikberatkan aspek nilai dan budaya. Aspek nilai yang dapat dilihat ialah baik hati, kasih sayang, kesyukuran dan lain lain lagi. 

4. Bahasa

Elemen bahasa ialah elemen yang telah dipelopori oleh Stubbs (1983). Bahasa ialah satu sistem simbol yang mempunyai makna yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi. Bahasa ini memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua atau ketiga. Bahasa telah dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Ketika menggunakan bahasa, kesalahan bahasa dan aspek linguistik perlu dititikberatkan agar wacana tersebut lebih kritis.

5. Inferens

Elemen terakhir dalam pendekatan analisis wacana ialah elemen inferens yang telah dicadangkan oleh Brown & Yule (1983). Elemen inferens dibahagikan kepada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek yang telah diterapkan ini perlu dibincangkan serta diperhatikan dengan baik supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan menjadi lebih lengkap dan sempurna. 




Gambar buku sebagai kehadiran :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...