Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944

Assalammualaikum dan Salam Multimedia. 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Berdasarkan buku Multimedia dalam Bahasa yang telah ditulis oleh Prof Normaliza Abd Rahim telah menerangkan tentang elemen asas grafik yang diperlukan ketika menghasilkan bahan multimedia seperti foto atau grafik yang menarik. Asas grafik ialah perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh individu yang berminat dalam penghasilan bahan multimedia yang mengandungi grafik. Pemahaman tentang asas grafik adalah sangat penting dalam penyampaian mesej berbentuk grafik. Setiap elemen asas grafik sangat dititikberatkan dalam bahan yang berbentuk grafik namun tidak semestinya semua elemen grafik perlu ada dalam bahan itu tetapi sekurang-kurangnya terdapat dua elemen asas grafik yang diterapkan dalam bahan tersebut. Terdapat lima elemen yang telah diketengahkan oleh Prof Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, iaitu:

1. Mudah

Elemen asas grafik yang pertama ialah elemen mudah. Dari aspek asas grafik, elemen mudah ini dapat didefinisikan sebagai apabila seseoarang melihat sesebuah bahan grafik ia dapat memahaminya dengan mudah. Ia dapat melihat mesej yang hendak disampaikan dengan mudah tanpa perlu untuk bertanya pelbagai soalan. Ini menunjukkan bahawa elemen mudah ini sangat penting agar bahan grafik tersebut seperti foto atau video dapat menarik perhatian seseorang itu. 

2. Warna

Elemen asas grafik yang kedua ialah warna. Elemen warna yang diketengahkan di sini ialah kombinasi warna yang terdapat dalam sesuatu bahan grafik seperti foto atau video. Hal ini kerana warna memainkan peranan sangat penting untuk memastikan foto itu nampak teratur dan menarik. Bahan grafik yang baik seharusnya mempunyai tidak melebihi tiga jenis warna namun terdapat juga bahan grafik yang mempunyai lebih dari tiga jenis warna. Ianya adalah berdasarkan kepada mesej yang hendak disampaikan oleh individu tersebut. 

3. Teks

Elemen teks dalam asas grafik pula merujuk kepada jenis dan saiz tulisan yang digunakan. Kandungan dalam teks dan jenis warna yang digunakan pada tulisan juga perlu dititikberatkan. Hal ini adalah untuk memastikan mesej yang hendak disampaikan dalam grafik tersebut dapat disampaikan dengan baik. 

4. Kesesuaian

Elemen seterusnya ialah elemen kesesuaian. Elemen kesesuaian yang diterapkan dalam asas grafik ialah ianya bersesuaian dengan latar yang terdapat dalam foto tersebut seperti latar tempat, latar masa, latar masyarakat dan sebagainya. Bahan grafik yang digunakan mestilah bersesuaian dengan latar yang digunakan agar ia dapat mewujudkan kesesuaian dan kesinambungan yang menarik. 

5. Keseimbangan

Elemen asas grafik iaitu keseimbangan merujuk kepada ruang yang terdapat dalam bahan grafik tersebut sama ada ruang antara kiri dan kanan atau ruang antara atas dan bawah. Ruang yang diwujudkan dalam foto tersebut mestilah mempunyai keseimbangan yang sama agar grafik tersebut dapat disampaikan dengan baik. 




Gambar buku sebagai kehadiran saya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...