Rabu, 21 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

  Assalammualaikum dan Salam Multimedia😉

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Dalam coretan kali ini saya ingin membincangkan tentang flatlay. Apa itu flatlay ? Flatlay adalah salah satu teknik yang digunakan oleh jurukamera untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik. Flatlay merujuk kepada cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Terdapat empat jenis flatlay yang sering digunakan untuk mengambil gambar iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. 

1. Flatlay 

Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan dan dibetulkan pada 90 darjah dan gambar tersebut diambil daripada atas. 



Contoh gambar flatlay

2. Half flatlay

Half flatlay ialah merujuk kepada kedudukan kamera yang berada pada 45 darjah daripada item dan gambar nampak seperti diambil dari sisi atas. 




Contoh gambar half flatlay

3. Quarter flatlay

Quarter flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item. 



Contoh gambar quarter flatlay

4. Zero flatlay

Zero flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai ataupun meja dan lain lain lagi. Gambar zero flatlay sepertinya diambil dari sisi bawah. 



Contoh gambar zero flatlay


Berikut dibawah ialah video lebih lanjut mengenai flatlay:


Link youtube: https://youtu.be/276yjY1_zoc



Bukti kehadiran saya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...