Selasa, 20 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA

  Assalammualaikum dan Salam Multimedia✌ 

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Di sini disertakan link youtube bagi program Dilema Pengembara yang disampaikan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. 

Link youtube: https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o

Kredit: Youtube Dewan Bahasa Dan Pustaka




Melalui program Dilema Pengembara yang telah disampaikan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan, saya mendapati bahawa menggembara tidak semestinya hanya di luar negara tetapi ia juga termasuk di dalam negara. Hal ini kerana melalui pengembaraan kita dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kita dapat mengetahui dan mengenali budaya-budaya baru masyarakata lain. Ini akan menjadi satu kelebihan untuk kita kerana kita sudah mengetahui adat budaya di tempat tersebut. Sewaktu mengembara kita juga dapat mengenali dan mempunyai kawan baru yang berbeza agama, bahasa dan budaya. Ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan indah. 

Melalui penyampaian Dr. Siti Nur Aliaa Roslan berkata minat mengembara membolehkan kita belajar bahasa baru. Hal ini kerana di setiap kawasan mempunyai bahasa yang berbeza dan dialek yang berbeza. Ia dapat memberikan rasa teruja dalam diri. Kita dapat belajar dan memahami bahasa tersebut. Banyak benda lagi di dalam dunia ini yang sangat menarik yang dapat mengembangkan minda kita. Dengan mengembara dapat memberikan pengalaman yang luar biasa kepada kita. 



Bukti kehadiran saya






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...