Rabu, 9 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia.


NURUL FATEHAH BINTI MANSOR (203944)


Anyeong yeorobun ! Hari ini coretan saya adalah mengenai sebuah program yang telah dilaksanakan di laman Facebook live pada 8 Jun 2021 yang telah disampaikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. 


Link youtube: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA


Kredit: Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka 



Melalui program yang telah disampaikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim ini adalah bertajuk Drama Korea: Realiti dan Fantasi merupakan sebuah perbincangan yang sangat menarik dan menyeronokkan. Hal ini kerana saya dan prof berkongsi minat yang sama. Saya juga sangat meminati drama korea dan telah menonton lebih dari 100 drama korea hehe sama seperti prof. Dalam perbincangan yang telah disampaikan prof menyatakan bahawa drama korea mempunyai jalan cerita yang berbeza dan sangat menarik. Di korea sebelum pengambaraan dan sebelum sesebuah drama itu dimulakan pihak yang terlibat akan melaksanakan kajian terlebih dahulu dan kajian tersebut dijalankan dengan secara mendalam serta mengambil kira setiap aspek. Saya bersetuju dengan pendapat prof kerana apabila saya melihat drama korea saya mendapati bahawa setiap jalan cerita dan ilustrasi yang disediakan adalah sangat berbeza.

Dalam program ini juga prof telah menunjukkan pelbagai jenis drama korea yang berlainan genre seperti drama korea yang menceritakan tentang kedoktoran, peguam, kisah persahabatan, fantasi atau sebagainya. Setiap drama korea yang diterbitkan sangat memberikan motivasi dan memberi maklumat serta pengetahuan yang tidak pernah kita ketahui. Contoh drama korea ialah Hospital Playlist, Goblin, Penthouse, Voice, Move to heaven dan sebagainya. Semua drama korea yang diterbitkan adalah sangat menarik dan tidak menyesal untuk ditontoni. Berkisar tentang drama korea: realiti atau fantasi, sesetengah drama korea adalah menceritakan tentang realiti yang berlaku di negara Korea itu sendiri dan sesetengah drama korea juga adalah berdasarkan fantasi dongeng negara korea itu tersendiri. Hal ini yang telah menjadikan drama korea itu berbeza dan mempunyai daya tarikan tersendiri. 

Tidak rugi jika kita menonton drama korea kerana kita juga dapat mempelajari beberapa bahasa korea. Ini dapat menjadi kelebihan kepada kita. hehehe


Soalan yang ingin saya tanya kepada prof.



Komen atau pendapat yang telah dilakukan pada akaun sosial media DBP







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...