Rabu, 23 Jun 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia Semua.

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR (203944)


Hai semua. Kembali lagi bersama saya di blog saya ini. hehehe Okey hari ini saya ingin menulis tentang satu sembang tamu yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama panel terpilih iaitu Dr. Aliaa. Di bawah saya akan sertakan link untuk melihat semula sembang tamu itu. 


Link youtube: https://youtu.be/d-q-toRLmD4

Kredit: Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka



Baiklah. Sembang tamu yang telah dilaksanakan oleh DBP semalam adalah bertajuk Misteri Kopi yang disampaikan oleh Dr. Aliaa. Sejujurnya saya bukanlah pengemar kopi dan saya memang tak minum kopi. hahaha walaupun ramai cakap kopi tu sedap dan nampak seperti menarik namun ianya tidak sesuai dengan tekak saya hahaha. Jadi semalam saya telah menonton live Facebook DBP yang telah disampaikan oleh Dr. Aliaa mengenai kopi. Dr. Aliaa nampaknya memang pengemar kopi sehingga Dr. Aliaa menceritakan bahawa beliau mempunyai mesin pembuat kopi sendiri dan malah beliau juga memberikan resepi untuk membuat kopi sendiri kepada saya dan rakan-rakan saya semalam. hahaha Menarik sungguh program sembang tamu semalam. 

Dr. Aliaa juga menceritakan tentang Kopi Tenm Sabah yang sangat sedap dan menarik sekali rasanya. Kopi Tenm Sabah itu kopi yang sangat terkenal kata Dr. Aliaa. Mungkin satu hari nanti saya boleh cuba dan mungkin akan jadi pengemar kopi satu hari nanti hehe. Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh klik pada link yang telah dilampirkan untuk menonton program sembang tamu yang telah disampaikan oleh Dr. Aliaa.


Komen saya di live Facebook


Jenis kopi



Soalan mengenai kopi 



Kedai kopi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...