Jumaat, 21 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- ONE SHOT-NISKALA

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia semua. 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


1. One shot

Apa khabar semua ? Masih menyambut hari raya lagu ke tu ? Walaupun dalam suasana PKP sambutan hari raya tetap meriah dengan sanak-saudara yang terdekat. Alhamdulillah. Okey kali ini saya ingin menceritakan tentang video one shot. Sekali lagi kumpulan saya telah ditugaskan oleh pensyarah kami iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim untuk membuat video one shot. Video one shot ialah rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. Penggambaran video ini menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan tersebut. Durasi video one shot ini adalah lebih kurang 3 minit sahaja ataupun mengikut durasi lagu yang telah dipilih.

Oleh itu, kumpulan kami telah berjaya merakam video one shot ini dengan jayanya walaupun berada dalam suasana PKP. Di bawah coretan ini akan saya lampirkan video tersebut untuk tontonan semua. Semoga video ini dapat memberikan manfaat dan tunjuk ajar kepada semua yang ingin membuat video one shot ini. Selamat menonton. 


Link youtube: https://youtu.be/N2XZYQK8vW8





2. One shot two layer 

Saya ingin menyambung coretan saya mengenai video one shot. Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini video one shot ialah video yang diambil tanpa menggerakkan alat perakam video. Namun begitu, video one shot ini mempunyai dua jenis iaitu one shot two layer dan one shot three layer. Dalam coretan kali ini saya ingin menerangkan tentang one shot two layer. One shot two layer ialah video yang dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya dalam video tersebut mempunyai lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut. Hal ini dilakukan bagi menunjukkan video tersebut lebih menarik. 

Kumpulan saya telah berjaya menyiapkan video one shot two layer dengan jayanya. Ianya sangat menarik dan bagus. Oleh itu, jemputlah menonton video yang telah saya sediakan ini. Semoga ia dapat memberi manfaat dan berguna untuk anda menjadikan ia sebagai rujukan. 



Link youtube: https://youtu.be/T3MHME6nIdQ





3. One shot three layer

Seterusnya, saya ingin menyambung semula coretan saya yang lepas iaitu mengenai video one shot. Kali ini saya ingin menerangkan tentang video one shot three layer. Seperti yang kita tahu, video one shot adalah rakaman video yang dilakukan tanpa menggerakkan alat perakam video. Namun begitu, video one shot three layer ialah video yang menunjukkan tiga lapisan pergerakan. Lapisan pergerakan boleh dilakukan dengan membuat penggambaran di kawasan yang mempunyai pokok yang bergoyang, laluan kereta atau apa sahaja benda yang bergerak. Pergerakan dalam video tersebut adalah pergerakan yang tidak sengaja ataupun asli seperti pokok yang ditiup angin. 

Kumpulan saya telah berjaya melakukan video one shot three layer tersebut dengan baik. Alhamdulillah. Oleh itu, selamat menonton video kami. Semoga ia dapat dijadikan panduan dan bermanfaat kepada semua.


Link youtube: https://youtu.be/xj1frJJ9ZX8












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...