Minggu ini saya telah ditugaskan untuk membuat posting di laman sosial Instagram mengenai keindahan. Dalam posting ini telah diterapkan nilai-nilai keindahan yang setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Marilah kita tengok posting saya dan rakan-rakan saya.
Minggu ini tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya adalah untuk menceritakan tentang alam semula jadi di akaun Twitter dan dijadikan sebagai satu bebenang (thread). Pelbagai bebenang mengenai alam semula jadi telah saya baca hasil dari posting kawan-kawan yang sangat menarik.
Minggu ini saya telah ditugaskan oleh pensyarah saya iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim untuk menceritakan satu cerita sedih dekat akaun Facebook milik saya. Cerita ini sangat sedih bagi saya. huhu Jemputlah baca !
Anyeong yeorobun ! Hari ini coretan saya adalah mengenai sebuah program yang telah dilaksanakan di laman Facebook live pada 8 Jun 2021 yang telah disampaikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim.
Link youtube: https://youtu.be/zNx2BjyJmlA
Kredit: Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka
Melalui program yang telah disampaikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim ini adalah bertajuk Drama Korea: Realiti dan Fantasi merupakan sebuah perbincangan yang sangat menarik dan menyeronokkan. Hal ini kerana saya dan prof berkongsi minat yang sama. Saya juga sangat meminati drama korea dan telah menonton lebih dari 100 drama korea hehe sama seperti prof. Dalam perbincangan yang telah disampaikan prof menyatakan bahawa drama korea mempunyai jalan cerita yang berbeza dan sangat menarik. Di korea sebelum pengambaraan dan sebelum sesebuah drama itu dimulakan pihak yang terlibat akan melaksanakan kajian terlebih dahulu dan kajian tersebut dijalankan dengan secara mendalam serta mengambil kira setiap aspek. Saya bersetuju dengan pendapat prof kerana apabila saya melihat drama korea saya mendapati bahawa setiap jalan cerita dan ilustrasi yang disediakan adalah sangat berbeza.
Dalam program ini juga prof telah menunjukkan pelbagai jenis drama korea yang berlainan genre seperti drama korea yang menceritakan tentang kedoktoran, peguam, kisah persahabatan, fantasi atau sebagainya. Setiap drama korea yang diterbitkan sangat memberikan motivasi dan memberi maklumat serta pengetahuan yang tidak pernah kita ketahui. Contoh drama korea ialah Hospital Playlist, Goblin, Penthouse, Voice, Move to heaven dan sebagainya. Semua drama korea yang diterbitkan adalah sangat menarik dan tidak menyesal untuk ditontoni. Berkisar tentang drama korea: realiti atau fantasi, sesetengah drama korea adalah menceritakan tentang realiti yang berlaku di negara Korea itu sendiri dan sesetengah drama korea juga adalah berdasarkan fantasi dongeng negara korea itu tersendiri. Hal ini yang telah menjadikan drama korea itu berbeza dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
Tidak rugi jika kita menonton drama korea kerana kita juga dapat mempelajari beberapa bahasa korea. Ini dapat menjadi kelebihan kepada kita. hehehe
Soalan yang ingin saya tanya kepada prof.
Komen atau pendapat yang telah dilakukan pada akaun sosial media DBP
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Minggu ini kumpulan saya telah ditugaskan juga untuk membuat video seram. Video seram ini adalah video yang menakutkan yang mempunyai unsur hantu dan mistik. heheh
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Minggu ini, kumpulan saya ditugaskan untuk membuat video fokus. Video fokus ini adalah video yang berfokuskan kepada satu benda sahaja. Kumpulan saya telah menyiapkan video fokus yang mengisahkan tentang dua orang sahabat.
Saya ingin menyambung lagi coretan saya. Kali ni saya ingin melampirkan posting yang telah dibuat oleh saya dan rakan-rakan di akaun Twitter masing-masing. Topik yang dibicarakan pada kali ini ialah mengenai unsur kesedaran. Mari kita tengok di lampiran di bawah.
Apa khabar semua ? Kali ini saya ingin melampirkan pula posting yang dilakukan di akaun Instagram yang caption tersebut mengandung unsur perubahan. Pelbagai tafsiran mengenai unsur perubahan yang telah diungkapkan oleh saya dan rakan-rakan. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza kan. Hehehe mari kita tengok dibawah😎
Dalam posting ini saya ingin melampirkan tugasan pada minggu ini iaitu teka-teki yang dipost pada Facebook milik saya dan rakan-rakan yang lain. Teka-teki yang dihasilkan sangat menarik dan jawapan yang diberikan juga sangat menghiburkan. Hahaha. Mari kita tengok gambar di bawah yahh😜
Ini posting teka-teki saya.
Berikut ialah komen teka-teki saya pada posting rakan-rakan
Kembali lagi dalam posting blog saya yang seterusnya. Dalam posting kali ini saya ingin menceritakan tentang Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi yang telah dibincangkan oleh beberapa orang sarjana seperti Tarone, Johnstone dan sebagainya. Nota terperinci mengenai tajuk ini telah saya lakukan di dalam bentuk video yang sangat menarik dan cantik. Di bawah coretan ini akan saya lampirkan link youtube serta video tersebut. Semoga video ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada anda semua.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Kembali lagi kita dalam coretan bersama saya. Hahaha. Baiklah hari ini saya ingin menceritakan tentang posting berkaitan dengan kemanusiaan yang telah dilakukan pada akaun Twitter milik saya dan rakan-rakan yang lain. Posting-posting yang telah dilakukan sangat menarik dan dapat memberi penyedaran kepada orang ramai. Marilah kita tengok posting tersebut di bawah.
Berikut ialah posting saya pada akaun Twitter:
Berikut ialah komen saya pada posting rakan-rakan di Twitter :