Assalammualaikum dan Salam Multimedia😅
Rujukan: Normaliza Abd Rahim
(2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti
Malaysia Terengganu.
Ringkasan cerita sosial 2: Saya yang istimewa
Dalam cerita sosial 2: saya yang istimewa menceritakan tentang kebaikan Alim yang suka berkongsi makanan dengan kawan-kawannya. Pada hari ahad yang lalu, ayah Alim telah membeli buah-buahan tempatan dari pasar tani. Alim dan adik-beradiknya sangat mengemari buah-buahan tempatan. Buah-buahan yang telah dibeli oleh ayah Alim ialah buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan sebagainya. Alim dan adik beradiknya melompat keriangan melihat banyak sekali buah-buahan tempatan yang dibeli oleh ayah mereka. Ibu Alim telah menyediakan bakul sampah di tepi kerana bimbang sisa buah-buahan tersebut akan dibuang merata tempat. Alim yang melihat buah-buahan yang banyak itu, mencadangkan kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah tersebut kepada Sulaiman. Alim menyatakan kembali pesan ibu dan bapanya iaitu berkongsi makanan adalah perbuatan yang baik. Alim seorang anak yang baik.
Dia mengingati pesan kedua ibu bapanya. Ibu Alim telah mengasingkan buah-buahan tersebut dalam plastik berwarna merah untuk diberikan kepada Sulaiman. Ibu Alim menyatakan bahawa sebentar tadi dia melihat Sulaiman sedang menyiram pokok dan mengarahkan Alim untuk memberikan buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim memberikan buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman. Sulaiman berterima kasih kepada Alim atas pemberian Alim tersebut. Kemudian, Alim terus berlari ke rumahnya untuk menikmati buah-buahan tempatan tersebut bersama keluarganya. Setelah selesai menikmati buah-buahan tersebut, Alim membantu abang Imran, kak Madinah, ibu dan ayah untuk mengemas rumah dan membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah. Ketika sedang membuang sampah, Alim terserempak dengan Makcik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman, Makcik Timah berterima kasih kepada Alim atas pemberian buah-buahan tempatan tersebut. Alim mengatakan bahawa ibu dan bapanya pernah berpesan bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik.
Di samping itu, Sulaiman, Makcik Timah dan Pakcik Yakub juga orang yang
baik jadi seharusnya mengamalkan amalan berkongsi sesama jiran. Alim melihat
Makcik Timah nampaknya bersedih dan Alim bertanyakan mengenai hal itu. Makcik
Timah menyatakan bahawa dia gembira melihat Alim berkawan baik dengan Sulaiman
kerana Alim seorang anak yang sangat baik. Alim meminta diri untuk pulang ke
rumahnya. Makcik Timah memandang Alim pulang ke rumah dengan gembira. Makcik
Timah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim dan keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan