Assalammualaikum dan Salam Multimedia.
NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa,
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Mug Shot
Mug Shot merupakan salah satu
jenis teknik untuk mengambil gambar yang digunakan oleh jurukamera. Teknik mug
shot ialah teknik mengambil gambar secara jarak yang dekat dan hanya
memfokuskan pada bahagian muka sahaja. Teknik mug shot ini biasanya dilakukan
oleh wartawan untuk orang yang ditemu bual atau ketika hendak mengambil foto
untuk kad pengenalan dan passport. Tujuan mug shot dilakukan adalah untuk
mempamerkan raut wajah secara lebih terperinci agar mudah untuk dikenali ramai.
Di sini saya sertakan gambar dan reaksi muka mengikut emosi yang tertentu. Jangan terkejut yahh hehehehe😅
Contoh gambar bagi emosi gembira
Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Bergembira lah selalu kerana gembira dapat menceriakan hari-hari kita. Senyuman itukan satu sedekah.
Contoh gambar bagi emosi sedih
Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Jangan la bersedih. Reaksi muka yang sedih ini tidak baik untuk kesihatan dan kehidupan.
Contoh gambar bagi emosi takut
Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Reaksi takut ini berlaku apabila melihat sesuatu yang menakutkan. Kita kena beranikan diri untuk berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
Contoh gambar bagi emosi geram
Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Reaksi muka geram mempunyai dua jenis iaitu geram akan sesuatu yang comel dan geram ketika marah. Reaksi muka geram ini sangat menarik dan comel.
Contoh gambar bagi emosi marah
Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Reaksi muka marah adalah tidak manis untuk dipamerkan. Oleh itu, kita seharusnya mengelakkan emosi yang marah.
Contoh gambar bagi emosi ketawa
Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Ketawa lah selalu untuk menceriakan kehidupan. Ketawa juga merupakan satu terapi.
Contoh gambar bagi emosi terkejut
Model: Nurul Fatehah Binti Mansor
Huraian: Gambar di atas menunjukkan emosi terkejut. Kaedah mug shot digunakan untuk menampakkan lagi emosi terkejut tersebut.
Gambar bersama buku sebagai bukti kehadiran saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan