Assalammualaikum dan Salam Multimedia.
1.
Elemen: Teks
Tema: Filem
Rujukan:https://www.google.com/urlsa=i&url=https%3A%2F%2Fthoughtleadership.oaaa.org%2Fwhy-google-netflix-and-microsoft-believe-inbillboards%2F&psig=AOvVaw1fkiVgr60liT5j1j11xpaa&ust=1617429983566000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCIjRtdny3u8CFQAAAAAdAAAAABAD
Huraian: Foto diatas disertai dengan teks “Netflix is a
Joke”. Font yang digunakan besar untuk mudah dilihat dari jauh. Warna pada teks
juga sangat jelas dan timbul pada latar belakang yang berwarna putih. Jenis
font juga merupakan font yang biasa dan ringkas.
2.
Elemen: Teks
Tema: Kesihatan
Rujukan:https://fotolumayan.wordpress.com/tag/papan-iklan/
Huraian: Iklan makanan kesihatan yang mempunyai teks “Ibu
mana yang tak sayang anak” dan “Appeton” merujuk kepada jenama produk tersebut
dan peringatan supaya ibu bapa menjaga kesihatan anak. Font yang
digunakan ditulis dengan besar dan menarik. Menyebabkan pengguna yang
melihatnya akan berminat untuk membelinya.
3.
Elemen: Teks
Tema: Makanan Western
Rujukan: https://burkhartmarketing.com/outdoor-advertising-go-for-the-big-impact/
Huraian: Gambar tersebut memainkan peranan sebagai elemen teks. Hal ini kerana objek Pizza tersebut hilang dalam bentuk segi empat atau dalam bahasa inggeris iaitu square. Billboard diatas menekankan teks dengan mewarnakan warna putih sebagai highlight kepada objek pizza tersebut. Font yang digunakan sangat mudah difahami dan bersesuaian kerana apabila seseorang melihat iklan tersebut, pelanggan akan memahami maksud gambar tersebut yang menerangkan lokasi kedai tersebut.
4.
Elemen: Teks
Tema: Promosi
Rujukan:https://www.nookmag.com/tuesday-is-now-the-best-day-of-the-week-with-kfc-chicken-tuesday/
Huraian: Teks yang digunakan dalam gambar ini sangat jelas dan mudah difahami. Tulisan yang jelas ini dapat difahami bahawa adanya promosi pada hari selasa sahaja. Saiz font yang digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil menyebabkan senang untuk dibaca. Warna font yang sesuai juga telah mempengaruhi gambar tersebuat dan ia menjadi tarikan untuk orang membeli.
5.
Elemen: Teks
Tema: Jenis kenderaan
Rujukan: https://sinergimedia.co.id/jasa-billboard-bekasi/
Huraian: Jenis dan saiz font yang digunakan dalam gambar ini jelas dan mudah difahami. Kandungan dalam teks ini dilihat dapat memberi pemahaman terhadap gambar. Imej kereta yang disertai dengan teks “The Porshe 911 Carrera” memberikan pemahaman bahawa mesej dan kandungan teks itu mengenai kereta. Tambahan pula, teks “More than fast. Ahead of its time” menggunakan jenis dan saiz font yang menarik perhatian pengguna untuk membelinya.
6.
Elemen: Teks
Tema: Amaran
Rujukan:https://www.bharian.com.my/galeri/2015/09/80346/ujian-pencapaian-sekolah-rendah-upsr-2015
Huraian: Elemen asas grafik teks ialah elemen yang sangat penting dalam sesebuah grafik. Hal ini adalah bagi menyampaikan mesej tersebut dengan baik. Dalam gambar tersebut mempunyai teks yang terletak bahagian tengah gambar. Saiz dan jenis tulisan yang digunakan dalam gambar tersebut juga adalah mudah dilihat dan dibaca. Warna tulisan yang digunakan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menjadikan gambar tersebut lebih menarik.
7.
Elemen: Teks
Tema: Semangat
Rujukan: https://pin.it/2aLT3xm
Huraian: Teks yang digunakan dalam grafik diatas adalah
jelas dan besar bagi memudahkan audien memahami teks tersebut. Teks yang
ringkas tetapi mendominasi grafik disamping objek orang berbasikal disamping
teks memberi makna tentang semangat dalam sukan berbasikal. Penggunaan warna
dan fonts amat sesuai kerana hanya menggunakan tiga warna sahaja dan fonts yang
ringkas dan besar. Hal ini akan memberikan kesenangan dan kemudahan kepada mata
audien untuk melihat mesej yang hendak disampaikan.
8.
Elemen: Teks
Tema: Virus Korona
Rujukan:https://www.vecteezy.com/vector-art/834950-stop-coronavirus-covid-19-poster
Huraian: Berdasarkan poster di atas, kita dapat lihat
bahawa teks yang digunakan bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan. Saiz font
yang besar digunakan pada perkataan stop bagi menekankan mesej yang
ingin disampaikan kepada orang ramai melalui poster ini serta membantu orang
untuk terus memahami mesej yang ingin disampaikan.
9.
Elemen: Teks
Tema: Keselamatan
Rujukan: https://www.bjaya.com.my/jkr-signboard/1/103/608
Huraian: Gambar diatas menunjukkan elemen teks. Elemen teks
yang disatukan dengan gambar yang sesuai mampu memeberi makluman kepada
pengguna. Elemen teks sesuai digunakan sebagai papan tanda dalam pebinaan jalan
kerana penggunaan font yang jelas dan sesuai mampu memberi amaran yang berkesan
kepada pengguna.
10.
Elemen: Teks
Tema: Percutian
Rujukan: https://images.app.goo.gl/9LKygunHQDVw2Nh29
Huraian: Berdasarkan iklan atas, kita dapat lihat bahawa
teks yang digunakan bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan. Saiz font
yang besar digunakan pada perkataan "Percutian dan Umrah Bersama KOPETRO
TRAVEL" bagi menekankan mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai
melalui poster ini serta membantu orang untuk terus memahami mesej yang ingin
disampaikan tentang pakej percutian dan umarah bersama KOPETRO TRAVEL.
11.
Elemen: Teks
Tema: Aktiviti Lasak
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas memperlihatkan penggunaan jenis font
yang sesuai dan jelas. Saiz font yang digunakan juga tidak terlalu kecil
dan tidak terlalu besar supaya mesej yang ingin disampaikan dapat dilihat
dengan mudah. Warna yang diaplikasi pada font juga sesuai dan mudah dilihat.
12.
Elemen: Teks
Tema: Persahabatan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Grafik ini didominasi oleh teks pada bahagian
tengah atas imej. Teks tersebut disampaikan dalam bentuk pantun yang mempunyai
pembayang dan maksudnya. Warna teks juga memainkan peranan bagi menonjolkan
lagi mesej atau makna dengan menggunakan warna biru gelap. Disamping itu,
terdapat juga bentuk kotak berwarna putih yang menonjolkan lagi maksud pantun.
13.
Elemen: Teks
Tema: Alam sekitar
Rujukan: sendiri
Huraian: Gambar di atas mengandungi elemen teks yang bersesuaian dengan gambar. Teks tersebut menggunakan jenis dan saiz font yang sesuai. Teks tersebut juga menjelaskan tentang alam sekitar yang bersih dan damai tersebut agar terus dipelihara oleh manusia. Jadi penggunaan teks tersebut mampu menyampaikan mesej tersebut dengan baik.
14.
Elemen: Teks
Tema: Alam Semula Jadi
Rujukan: Sendiri
Huraian: Berdasarkan gambar yang dipamerkan di atas ianya
mempunyai elemen asas grafik teks. Pada gambar tersebut, warna tulisan yang
digunakan adalah sangat terang dan mudah untuk dilihat. Saiz dan jenis tulisan
juga sangat cantik dan ia sesuai dengan gambar tersebut. Teks tersebut
menceritakan tentang persamaan manusia dengan ombak laut. Dengan melihat dan
membaca teks tersebut kita dapat memahami mesej yang hendak disampaikan.
15.
Elemen: Teks
Tema: produk kecantikkan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas memperlihatkan penggunaan jenis font
yang sesuai dan jelas. Saiz font yang digunakan sangat jelas untuk
merujuk kepada ikon bulu mata daripada Tiara Lashes. Mesej yang ingin
disampaikan dapat dilihat dengan mudah. Warna yang diaplikasi pada font
juga sesuai dengan rupa bentuk iklan yang dihasilkan.
16.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Gambar di atas ditulis dengan menggunakan jenis font dan saiz yang berlainan. Perbezaan ini bertujuan untuk membezakan antara jenama dan jenis produk. Teks “BlueKey” pada gambar menunjukkan jenama produk berkenaan. Teks “FLOUR” ditulis dengan saiz font yang lebih besar memberi pemahaman terhadap gambar iaitu mesej sebenar yang ingin disampaikan pada gambar tersebut.
17.
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Rujukan: Sendiri
Huraian: Dalam gambar ini
terdapat pelbagai jenis font dan saiz font yang berbeza.
Kandungan teks juga dapat memperlihat mesej yang ingin disampaikan. Warna font
yang digunakan juga sesuai dan dapat menarik sesiapa untuk merasai makanan
tersebut. Teks “sweet and spicy” dapat difahami bahawa makanan tersebut
berperisa manis dan pedas.
18.
Elemen: Teks
Tema: Kasih Sayang
Rujukan: Sendiri
Huraian: Foto di atas menonjolkan elemen Teks. Teks “Amanah
Allah” telah disertakan sekali di dalam foto tersebut untuk menyampaikan mesej
kepada pembaca. Oleh itu teks yang telah digunakan di dalam foto tersebut
menggunakan jenis font yang menarik dan saiz yang besar. Hal ini kerana
untuk memudahkan pembaca membacanya dan mesej yang ingin disampaikan dapat
mudah untuk difahami.
19.
Elemen:
Teks Tema:
Alam Sekitar Rujukan:
Sendiri
|
Huraian:
Gambar tersebut memainkan peranan sebagai elemen teks. Hal ini kerana teks
tersebut bersesuaian dengan latarbelakang atau situasi yang terdapat dalam
foto tersebut. Hal ini kerana manusia sebagai objek manakala latarbelakangnya
dihiasi dengan kehijauan hutan yang bersesuaian dengan teks tersebut. hutan
merupakan tempat yang patut dilindungi oleh manusia kerana menyimpan
kepelbagaian flora dan fauna yang masih belum dijumpai lagi. 20. Elemen: Teks Tema: Alam semula jadi Rujukan: Sendiri
Huraian: Tulisan atau teks yang digunakan dapat dilihat
dengan jelas. Foto ini disertai dengan teks “Ketenangan hati berawal dari
prasangka yang baik”. Pemilihan warna font sesuai dengan latar belakang
langit yang berwarna biru muda. Saiz font dan jenis font juga
sesuai dengan foto. AHLI KUMPULAN NISKALA: 1) Ketua Elemen Mudah: Nurul Fatehah binti Mansor (203944) 2) Penolong Elemen Mudah: Nur Shah Hazuani binti Dazak (203967) 3) Ketua Elemen Teks: Nurul Aida binti Ahmad Zaini (203304) 4) Penolong Elemen Teks: Nurmadihah Asma binti Saberi (203927) 5) Ketua Elemen Warna: Intan Nur Azriena binti Siful Yazani @ Saiful Yazan (203966) 6) Penolong Elemen Warna: Nurul Tasnim binti Zakaria (204115) 7) Ketua Elemen Kesesuaian: Nur Ain Nadhirah binti Fadhlan (201810) 8) Penolong Elemen Kesesuaian: Nurul Najehah binti Mohd (203011) 9) Ketua Elemen Keseimbangan: Nurul Izzati binti Tu Azman (201812) 10) Penolong Elemen Keseimbangan: Fatin Fathihah binti Musa (203008) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan