Sabtu, 10 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia.

Hari ini marilah kita belajar mengenai bahan asas grafik dalam multimedia. 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Apakah bahan bagi asas grafik ?

     Bahan asas grafik terdiri daripada enam jenis bahan iaitu bunting/banner, pamphlet, poster, gambar/foto, billboard dan video. 


1. Bunting/Banner

BUNTING

Bunting merupakan salah satu bahan asas grafik. Bunting dengan banner merupakan dua benda yang berbeza dari segi cirinya. Bunting berbentuk menegak. Umumnya, bunting lebih murah mengikut harga pasaran kerana bunting dicetak dan dipasang dengan banyak. Terdapat pelbagai saiz bunting yang berada di pasaran. Antaranya ialah bersaiz (2 kali × 5 kaki), (2 kaki × 6 kaki), (3 kaki × 3 kaki). Bunting terdiri daripada dua jenis yang berlainan iaitu X-stand atau T-stand. X-stand atau lebih dikenali dengan spider stand kerana stand yang sesuai untuk bunting berbentuk huruf X. Hal ini kerana, di setiap penjuru bunting diletakkan ring untuk dimasukkan kepada X-stand. Manakala, bahagian atas dan bawah T-stand pula diletakkan batang paip untuk dipasangkan kepada T-stand.




BANNER

Berbeza dengan bunting, banner berbentuk melintang. Hal ini kerana, banner lebih besar saiznya dan lebih mahal berbanding bunting. Banner ditempatkan di dua tempat yang berbeza berdasarkan promosi yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi. Saiz banner kebiasaanya bersaiz seperti (12 kaki × 4 kaki), (15 kaki × 4 kaki), (10 kaki × 5 kaki), (20 kaki × 4 kaki). Untuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Tidak terlalu taksub dengan penggunaan banyak warna kerana banner atau bunting sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan.







2. Pamphlet

Pamphlet biasanya terdiri daripada tajuk, gambar dan maklumat mengenai kasut. Senarai sebegini memudahkan pembaca untuk mengetahui tentang jenis kasut yang dihasilkan oleh Niskala Shoes. Kandungan yang sering tersenarai dalam pamphlet ialah kelebihan, ciri-ciri, warna dan harga. Ini membolehkan pengguna mengetahui dengan lebih jelas akan kasut sukan tersebut. Tambahan pula, pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Pamphlet biasanya dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman dan ini dapat membantu menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana pamphlet boleh dicetak pada kertas berulang kali. Kini, penggunaan pamphlet semakin meluas dalam bidang perniagaan, pelancongan dan sebagainya dengan tujuan promosi.




Kredit : Nike


3. Poster

Kami menggunakan tema “Niskala Adventure” kerana kasut ini sesuai dugunakan untuk aktiviti lasak. Warna merah dan maroon pada latar belakang poster dipilih untuk menonjolkan produk yang ingin dijual atau dipromosi. Meskipun warna putih dipilih untuk mewakili kasut ini tetapi pengguna tidak perlu risau kerana fabrik yang digunakan mudah dicuci dan dikeringkan. Tagline “ Be Simple, Be Confident” menunjukkan rekaan kasut yang ringkas dan selesa dipakai.



4. Gambar/foto

Gambar merupakan salah satu bahan asas grafik. Gambar juga digunakan bertujuan untuk menyampaikan sesuatu iklan. Kebiasaannya gambar ini kita boleh lihat ditampalkan pada dinding kedai-kedai tertentu bertujuan untuk mempromosikan jenama sesuatu produk. Pada gambar di atas ialah gambar yang direka untuk mempromosikan sebuah kasut sukan berjenama “Niskala”. Pada gambar tersebut kita dapat lihat reka bentuk kasut yang sangat menarik dan ringkas. Ianya sangat sesuai untuk aktiviti sukan atau aktiviti lasak. Pada gambar tersebut juga, kita dapat melihat ciri-ciri kasut sukan berjenama “Niskala” seperti bouncy soles, breathable dan untangled shoe lace. Dengan adanya ciri-ciri kasut yang dinyatakan ia dapat menarik minat pembeli untuk membeli kasut sukan ini. Latar belakang warna yang digunakan pada gambar tersebut juga sangat ringkas dan elegan. Ianya tidak terlalu padat dengan kombinasi warna yang banyak. 



5. Billboard 

Billboard merupakan salah satu daripada bahan untuk asas grafik, ianya dikenali juga sebagai papan iklan.  Kebiasaannya billboard dipasang dengan menggunakan saiz yang besar untuk mempromosikan sesuatu jenama produk.

Di gambar atas, ruang tengah-tengah billboard telah diletakkan grafik kasut untuk menunjukkan produk yang akan dipromosikan kepada orang ramai. Manakala di ruang bahagian atas billboard telah diletakkan perkataan “Niskala” dan “New Arrival” kedua-dua tulisan tersebut digunakan untuk menunjukkan adanya pengeluaran baru kasut sukan daripada jenama tersebut. Di kanan dan kiri grafik kasut pula terdapat perkataan “be simple” dan “be confident” ianya diletakkan untuk memberi gambaran ciri-ciri kasut tersebut apabila telah dipakai. Seseorang itu akan kelihatan ringkas dan yakin apabila menggayakannya. Di bahagian ruang bawah billboard pula diletakkan tulisan “Trendy and Sporty” ianya menunjukkan produk yang akan dipromosikan itu merupakan keluaran terkini dan pengguna yang menggunakannya akan kelihatan bergaya. Di bahagian ruang kanan bawah billboard telah diletakkan logo jenama produk tersebut ianya untuk memudahkan pengguna mengetahui dan mengenal pasti jenama produk yang mengeluarkannya.  Akhir sekali, warna putih dan hitam di dalam billboard tersebut digunakan untuk menggambarkan bahawa produk yang dikeluarkan itu adalah ringkas dan elegan. Ianya akan dapat menarik perhatian pembaca yang melihatnya.




6. Video 

Cara pengiklanan melalui video digunakan untuk menonjolkan lagi ciri yang ada pada kasut tersebut seperti keselesaan, warna yang menarik dan rekaan yang bergaya. Pengiklanan melalui video didapati lebih efektif untuk menarik perhatian pengguna dan untuk mempromosikan sesuatu produk.







Bukti kehadiran sayaa pada kelas amali :)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...