Assalammualaikum dan Salam Multimedia.
NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944
Di sini disertakan link youtube program Celik Bahasa Isyarat yang disampaikan oleh Prof Normaliza Abd Rahim.
Link: https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24
Kredit: Youtube Dewan Bahasa Dan Pustaka
Melalui program Celik Bahasa Isyarat, pengisian yang telah dapat saya perolehi ialah Prof Normaliza sangat menekankan agar semua lapisan masyarakat dapat mempelajari bahasa isyarat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita perlu menanam minat yang tinggi untuk mempelajari bahasa isyarat agar kita dapat berkomunikasi dengan mudah dengan insan-insan yang menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat merupakan salah satu bahasa yang sangat istimewa dan kita seharusnya kagum dengan bahasa isyarat. Bahasa isyarat mempunyai keunikkan tersendiri sehingga ia dapat menarik perhatian Prof Normaliza untuk mempelajari bahasa isyarat dalam masa dua bulan sahaja. Ini merupakan salah satu pencapaian yang terbaik.
Dalam video tersebut, saya dapat menyedari bahawa kita perlu didik diri lebih awal untuk mempelajari bahasa isyarat agar kita tidak ketinggalan jauh. Kesedaran untuk memupuk minat mempelajari bahasa isyarat ini perlu dimulakan sejak bangku sekolah lagi. Seharusnya bahasa isyarat ini dijadikan bahasa elektif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar ia dapat dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Ini merupakan cadangan yang sangat baik dan sepatutnya diutarakan kepada pihak yang berkaitan. Hal ini kerana mempelajari bahasa isyarat akan membawa banyak manfaat kepada kita kelak.
Ini adalah bukti kehadiran saya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan