Sabtu, 29 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia.


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


Kembali lagi dalam posting blog saya yang seterusnya. Dalam posting kali ini saya ingin menceritakan tentang Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi yang telah dibincangkan oleh beberapa orang sarjana seperti Tarone, Johnstone dan sebagainya. Nota terperinci mengenai tajuk ini telah saya lakukan di dalam bentuk video yang sangat menarik dan cantik. Di bawah coretan ini akan saya lampirkan link youtube serta video tersebut. Semoga video ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada anda semua. 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Link youtube: https://youtu.be/OZJoGXmgX-U





Kehadiran minggu 9




Khamis, 27 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia. 


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


Kembali lagi kita dalam coretan bersama saya. Hahaha. Baiklah hari ini saya ingin menceritakan tentang posting berkaitan dengan kemanusiaan yang telah dilakukan pada akaun Twitter milik saya dan rakan-rakan yang lain. Posting-posting yang telah dilakukan sangat menarik dan dapat memberi penyedaran kepada orang ramai. Marilah kita tengok posting tersebut di bawah. 


Berikut ialah posting saya pada akaun Twitter: 



Berikut ialah komen saya pada posting rakan-rakan di Twitter : 










Kehadiran saya minggu 9



BBM3410-202I-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

Assalammualaikum  dan Salam Multimedia. 


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


Hari ini saya ingin menyambung lagi coretan saya pada posting blog ini. Hari ini saya ingin menceritakan tentang posting yang telah dilakukan pada media sosial iaitu Instagram. Posting pada Instagram kali ini menceritakan tentang kesilapan. Marilah kita lihat posting yang telah saya lakukan. 


Berikut ialah posting saya pada laman Instagram : 



Berikut ialah komen saya pada posting rakan-rakan: 










Kehadiran saya pada minggu 9





BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Assalammualaikum dan Salam Multimedia semua. 


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


Apa khabar semua ? Kita bertemu lagi dalam coretan seterusnya. Hari ini saya ingin melampirkan tentang pantun 4 kerat yang telah dimuat naik oleh saya dan rakan-rakan dalam media sosial iaitu Facebook. Kami telah berjaya menghasil pantun 4 kerat dengan idea tersendiri. Jemputlah tengok. 


Berikut ialah pantun saya yang telah dimuat naik: 



Berikut ialah balasan komen yang telah saya buat pada posting rakan-rakan: 










Kehadiran saya pada minggu 9





Jumaat, 21 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8- ONE SHOT-NISKALA

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia semua. 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


1. One shot

Apa khabar semua ? Masih menyambut hari raya lagu ke tu ? Walaupun dalam suasana PKP sambutan hari raya tetap meriah dengan sanak-saudara yang terdekat. Alhamdulillah. Okey kali ini saya ingin menceritakan tentang video one shot. Sekali lagi kumpulan saya telah ditugaskan oleh pensyarah kami iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim untuk membuat video one shot. Video one shot ialah rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. Penggambaran video ini menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan tersebut. Durasi video one shot ini adalah lebih kurang 3 minit sahaja ataupun mengikut durasi lagu yang telah dipilih.

Oleh itu, kumpulan kami telah berjaya merakam video one shot ini dengan jayanya walaupun berada dalam suasana PKP. Di bawah coretan ini akan saya lampirkan video tersebut untuk tontonan semua. Semoga video ini dapat memberikan manfaat dan tunjuk ajar kepada semua yang ingin membuat video one shot ini. Selamat menonton. 


Link youtube: https://youtu.be/N2XZYQK8vW8





2. One shot two layer 

Saya ingin menyambung coretan saya mengenai video one shot. Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini video one shot ialah video yang diambil tanpa menggerakkan alat perakam video. Namun begitu, video one shot ini mempunyai dua jenis iaitu one shot two layer dan one shot three layer. Dalam coretan kali ini saya ingin menerangkan tentang one shot two layer. One shot two layer ialah video yang dirakam dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya dalam video tersebut mempunyai lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut. Hal ini dilakukan bagi menunjukkan video tersebut lebih menarik. 

Kumpulan saya telah berjaya menyiapkan video one shot two layer dengan jayanya. Ianya sangat menarik dan bagus. Oleh itu, jemputlah menonton video yang telah saya sediakan ini. Semoga ia dapat memberi manfaat dan berguna untuk anda menjadikan ia sebagai rujukan. 



Link youtube: https://youtu.be/T3MHME6nIdQ





3. One shot three layer

Seterusnya, saya ingin menyambung semula coretan saya yang lepas iaitu mengenai video one shot. Kali ini saya ingin menerangkan tentang video one shot three layer. Seperti yang kita tahu, video one shot adalah rakaman video yang dilakukan tanpa menggerakkan alat perakam video. Namun begitu, video one shot three layer ialah video yang menunjukkan tiga lapisan pergerakan. Lapisan pergerakan boleh dilakukan dengan membuat penggambaran di kawasan yang mempunyai pokok yang bergoyang, laluan kereta atau apa sahaja benda yang bergerak. Pergerakan dalam video tersebut adalah pergerakan yang tidak sengaja ataupun asli seperti pokok yang ditiup angin. 

Kumpulan saya telah berjaya melakukan video one shot three layer tersebut dengan baik. Alhamdulillah. Oleh itu, selamat menonton video kami. Semoga ia dapat dijadikan panduan dan bermanfaat kepada semua.


Link youtube: https://youtu.be/xj1frJJ9ZX8












Khamis, 20 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

 Assalammualaikum semua dan Salam Multimedia


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia terengganu. 


Okey hari ini saya ingin menceritakan tentang Strategi Komunikasi yang telah dijelaskan oleh Prof Dr. Normaliza dalam bukunya iaitu buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Di dalam buku tersebut telah menghuraikan dan memberikan contoh-contoh pandangan menurut tokoh bagi Strategi Komunikasi. Mengikut fahaman saya strategi komunikasi ini adalah perlu bagi memudahkan masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini juga bagi mewujudkan kesefahaman dan keserasian antara penutur dan pendengar. Di dalam buku tersebut juga telah menerangkan bahawa komunikasi adalah perlu dilakukan sama ada dalam bentuk kumpulan kecil atau besar. Apabila berkomunikasi masyarakat menggunakan bahasa yang dianggap sebagai satu fitrah untuk berkomunikasi. 

Sila lah tengok peta minda yang telah saya sediakan di bawah untuk anda semua bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik dan sempurna. Semoga nota dan peta minda yang saya lampirkan ini dapat menjadi manfaat dan panduan kepada semua lapisan masyarakat. 








Bukti kehadiran saya




Selasa, 18 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-VIDEO SETEMPAT

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. 


Nurul Fatehah Binti Mansor (203944)


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Coretan kali ini saya ingin menceritakan tentang video setempat. Pensyarah saya iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim telah memberi tugasan untuk membuat video setempat yang bertemakan hari raya. Oleh itu, saya telah berjaya menyiapkan video setempat itu. Yeayyy Alhamdulillah.

 Okey, video setempat ini ialah video yang tidak memerlukan suntingan. Video setempat dirakam dalam keadaaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video setempat ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Jemputlah tengok video setempat yang telah disediakan oleh saya. Maaf jika mempunyai kekurangan dan kelemahan yang datang dari diri saya. 


Link youtube: https://youtu.be/hAcM5su7k2I



Video Setempat


LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT VIDEO SETEMPAT

Ketika dalam usaha menyiapkan video setempat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dititikberatkan sepanjang menyiapkan video ini. Hal ini kerana ia tidak sama dengan video biasa yang lain dan ia juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri bagi menghasil video setempat yang baik dan sempurna. Antara langkah-langkah dalam membuat video setempat ialah: 

1. Sediakan sebuah kamera atau telefon bimbit yang mempunyai kamera.
2. Pilih lokasi yang menarik untuk dijadikan latar belakang video.
3. Pastikan kita mempunyai subjek yang bakal berada dalam video tersebut. 
4. Pastikan lokasi yang hendak digunakan itu dalam keadaan kemas dan teratur.
5. Pastikan segala barang keperluan yang diperlukan untuk berada dalam video tersebut berada berdekatan. 
6. Pegang kamera atau telefon bimbit dengan baik agar video yang diambil tidak senget. 
7. Pastikan individu yang bakal menjadi suara latar mempunyai suara yang jelas dan baik.
8. Pastikan kita mempunyai idea atau perkara yang hendak dibualkan dalam video tersebut.
9. Rakam video setempat dengan sebaiknya.
10. Akhirnya, video setempat boleh dipersembahkan.  




Bukti kehadiran saya



BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA-NISKALA

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia korangg. 


Apa khabar semua ? Macam mana beraya dalam suasana PKP ? Okey ke tu ? hehehe btw Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. Semoga aidilfitri ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga kita. Walaupun dalam suasana PKP namun kita masih boleh video call bersama ahli keluarga yang tidak dapat pulang ke kampung. Oleh itu, jangan laa kita bersedih ye. 


Okey hari ini saya dan kumpulan saya telah ditugaskan untuk membuat vlog hari raya oleh pensyarah Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Walaupun kami berada di negeri-negeri yang berbeza dan berjauhan namun kami tetap berusaha untuk menyiapkan video vlog hari raya ini dengan usaha yang terbaik. Semoga video vlog hari raya yang telah disediakan ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan hiburan untuk semua orang.  Selamat menonton semua.


Link youtube: https://youtu.be/GREphTsFEXg



Vlog Hari Raya


Ahad, 2 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA-NISKALA

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia semua


Hari ini saya ingin menceritakan tentang tugasan kumpulan yang telah diberikan oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim iaitu tugasan simpulan bahasa bergambar. Kami dikehendaki mencari simpulan bahasa dan menjadikan ia dalam bentuk bergambar. Ini merupakan pengalaman yang sangat menarik. Pelbagai simpulan bahasa yang telah kami perolehi dan pelbagai gelagat yang timbul sepanjang menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah kami telah berjaya menyelesaikan tugasan ini. 


Berikut di bawah ialah video simpulan bahasa bergambar yang telah kami hasilkan dan telah kami muat naik di dalam akaun Youtube. Jemputlah tengok. Semoga video ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan panduan untuk anda semua. 


Link: https://youtu.be/oJgWdFCbdB8

Video simpulan bahasa bergambar


Selasa, 27 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-INSTAGRAM

  Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Hari ini saya ingin melampirkan mengenai foto yang mempunyai unsur ketenangan. Teruskan srcoll hingga ke bawah yahh😉



Post saya di instagram pada 22 April 2021




Post saya di instagram pada 27 April 2021


Berikut ialah komen-komen yang telah saya buat pada post rakan-rakan saya:









BBM3410-2021-MINGGU 5-TWITTER

 Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


 Hari ini saya ingin melampirkan tentang nilai estetika yang telah dipost dalam akaun twitter saya dan rakan-rakan yang lain. Teruskan scroll hingga ke bawah yahh👌


Post saya pada 22 April 2021 di akaun twitter saya.



Post saya yang kedua pada 27 April 2021 di akaun Twitter saya. 


Berikut ialah 10 post rakan saya di twitter mengenai nilai estetika: 

















Khamis, 22 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA FLATLAY

Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia


Berikut ialah peta minda mengenai asas fotografi iaitu flatlay :


Peta minda flatlay



Bukti kehadiran saya




BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH,1995)

    Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori analisis wacana yang dipelopori oleh Fairclough (1995) menitikberatkan teori analisis wacana kritis dalam menganalisis data. Dalam teori Fairclough (1995) ini telah membahagikan kepada tiga elemen iaitu analisis tekstual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial. Setiap elemen ini mempunyai pembahagian yang tersendiri yang telah dikaji mengikut elemen yang telah ditetapkan. Rujuk peta minda di bawah untuk penjelasan lebih lanjut.



Peta minda teori analisis wacana kritis (Fairclough, 1995)



Bukti kehadiran saya

BBM3410-2021-MINGGU 5-NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977)

   Assalammualaikum dan Salam Multimedia

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Teori analisis wacana yang diperkenalkan oleh Vandijk (1977) mempunyai empat elemen tersendiri iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen ini mengandungi huraian yang tersendiri yang perlu dianalisis. Selain itu, dalam teori Vandijk (1977) juga menjelaskan tentang struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Teori ini dapat dijadikan panduan dan sangat bermanfaat kepada semua. 




Peta minda Teori analisis wacana (Vandijk, 1977)



Bukti kehadiran saya


Rabu, 21 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

  Assalammualaikum dan Salam Multimedia😉

NURUL FATEHAH BINTI MANSOR 203944


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019) Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Dalam coretan kali ini saya ingin membincangkan tentang flatlay. Apa itu flatlay ? Flatlay adalah salah satu teknik yang digunakan oleh jurukamera untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik. Flatlay merujuk kepada cara gambar atau foto yang diambil oleh seseorang. Terdapat empat jenis flatlay yang sering digunakan untuk mengambil gambar iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. 

1. Flatlay 

Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan dan dibetulkan pada 90 darjah dan gambar tersebut diambil daripada atas. 



Contoh gambar flatlay

2. Half flatlay

Half flatlay ialah merujuk kepada kedudukan kamera yang berada pada 45 darjah daripada item dan gambar nampak seperti diambil dari sisi atas. 




Contoh gambar half flatlay

3. Quarter flatlay

Quarter flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang lebih kurang 22.5 darjah daripada item. 



Contoh gambar quarter flatlay

4. Zero flatlay

Zero flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai ataupun meja dan lain lain lagi. Gambar zero flatlay sepertinya diambil dari sisi bawah. 



Contoh gambar zero flatlay


Berikut dibawah ialah video lebih lanjut mengenai flatlay:


Link youtube: https://youtu.be/276yjY1_zoc



Bukti kehadiran saya




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALSIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASAS...